PN BBC PORTAL http://www.pnbbcportal.com Tue, 27 Oct 2020 15:23:10 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.4.2 Malaysia kutuk keras tindakan burukkan Islam http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/malaysia-kutuk-keras-tindakan-burukkan-islam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysia-kutuk-keras-tindakan-burukkan-islam Tue, 27 Oct 2020 15:23:07 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16420 27 OKT: Malaysia mengutuk keras sebarang tindakan retorik dan proaktif yang mencetuskan kemarahan dan memburukkan agama Islam dalam bentuk ucapan dan penyiaran karikatur Nabi Muhammad SAW. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia komited kepada kebebasan bersuara sebagai perkara fundamental dalam soal hak asasi selagi hak itu dilakukan dengan penuh hormat dan bertanggungjawab […]]]>

27 OKT: Malaysia mengutuk keras sebarang tindakan retorik dan proaktif yang mencetuskan kemarahan dan memburukkan agama Islam dalam bentuk ucapan dan penyiaran karikatur Nabi Muhammad SAW.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia komited kepada kebebasan bersuara sebagai perkara fundamental dalam soal hak asasi selagi hak itu dilakukan dengan penuh hormat dan bertanggungjawab dan tidak melanggar hak pihak lain.

“Dalam konteks ini, untuk mencemarkan dan memburukkan Nabi Muhammad SAW dan mengaitkan Islam dengan keganasan melangkaui skop hak sedemikian.

“Tindakan sedemikian adalah provokatif dan tidak menghormati Islam dan terdapat lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, sebagai sebuah negara Islam yang demokrasi dan sederhana dengan pelbagai kaum dan agama, Malaysia terus mempromosi dan mengekalkan hubungan harmoni dan aman sedia ada bukan hanya dalam kalangan mereka yang berbeza kepercayaan dan pegangan tetapi juga dalam konteks global yang pelbagai.

Katanya, Malaysia akan terus bekerjasama dengan komuniti antarabangsa untuk mempromosikan amalan hormat menghormati antara agama dan mengelakkan ekstremis agama pada semua peringkat.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Kenyataan ini berlaku selepas tindakan provokasi Charlie Hebdo, sebuah majalah berhaluan kiri Perancis yang menyiarkan karikatur anti-Islam, mencetuskan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Karikatur itu pertama kali disiarkan pada 2006 oleh akhbar Denmark, Jylllands Posten, mencetuskan siri tunjuk perasaan.

]]>
PKR gagal serah saman kepada Zuraida http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/pkr-gagal-serah-saman-kepada-zuraida/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pkr-gagal-serah-saman-kepada-zuraida Tue, 27 Oct 2020 14:26:02 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16417 27 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti. Menurut peguam utama PKR, William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida. “Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan […]]]>

27 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Menurut peguam utama PKR, William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 16 November ini,” kata Leong menerusi aplikasi WhatsApp selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris yang dijalankan menerusi e-review (dalam talian) hari ini.

Leong berkata, plaintif sudah menghantar pemakluman menerusi pos berdaftar kepada Zuraida memintanya melantik peguam untuk menerima writ saman tersebut bagi pihaknya.

“Kami dalam proses membuat janji temu untuk beliau menerima saman berkenaan. Pengurusan kes akan datang adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah berhubung kes ini serta mendapatkan arahan selanjutnya,” kata Leong.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti pada 2 Oktober lalu, mendakwa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah menandatangani suatu bon pada 25 April 2018 yang mengikat beliau untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti yang dinyatakan dalam syarat dan terma bon itu.

PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar sejumlah RM10 juta dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara, termasuk beliau keluar parti atau menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat Bebas selepas menang pilihan raya atas tiket PKR.

Parti itu juga mendakwa pada 24 Februari lalu, Zuraida dalam kenyataan bersama-sama 10 lagi ahli Parlimen PKR, mengumumkan keluar parti tanpa melepaskan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Ampang, dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

PKR berkata, kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kemudian ditumbangkan oleh PN dan defendan dilantik sebagai menteri.

Pada tarikh sama, PKR mendakwa Majlis Pimpinan Pusat parti meluluskan resolusi untuk memecat Zuraida daripada parti berkuat kuasa serta-merta dan mengeluarkan sijil bertarikh 24 Julai yang mengesahkan penamatan keahlian beliau.

Pada 7 Ogos, PKR mendakwa ia menerusi peguam parti, mengeluarkan surat tuntutan meminta Zuraida membayar RM10 juta selaras dengan terma bon, namun parti mendakwa defendan gagal/enggan membayar jumlah itu, secara keseluruhan mahupun sebahagian.

Plaintif juga mendakwa ia berhak menuntut RM10 juta daripada defendan kerana beliau meletak jawatan sebagai ahli parti namun tidak sebagai Ahli Parlimen Ampang, iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti, menggunakan logo, lambang, bendera, perkhidmatan dan sokongan parti, yang mana menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan menjadi sebahagian daripada kuasa eksekutif.

Plaintif berkata, ia bersandar pada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang memberikannya hak untuk mendapatkan semula ganjaran dan faedah berjumlah RM2,049,459.20 yang dinikmati oleh defendan selepas dipilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi Ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu, plaintif memohon sejumlah RM12,049,459.20 menurut Seksyen 71 Akta Kontrak, merangkumi RM10 juta di bawah bon dan RM2,049,459.20 bagi ganjaran dan faedah yang diterima defendan selaku ahli Parlimen serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kerajaan PH dengan kadar faedah lima peratus setahun serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

]]>
PM mahu infrastruktur digital dipermudah http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/pm-mahu-infrastruktur-digital-dipermudah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pm-mahu-infrastruktur-digital-dipermudah Tue, 27 Oct 2020 14:01:51 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16412 27 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-36 dan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, Muhyiddin diberi taklimat Bajet 2021 pada sebelah petangnya dengan kedua-dua mesyuarat dan taklimat seperti biasa diadakan mengikut norma baharu menerusi sidang video dari Pejabat Perdana Menteri. Berdasarkan satu […]]]>

27 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-36 dan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, Muhyiddin diberi taklimat Bajet 2021 pada sebelah petangnya dengan kedua-dua mesyuarat dan taklimat seperti biasa diadakan mengikut norma baharu menerusi sidang video dari Pejabat Perdana Menteri.

Berdasarkan satu kenyataan media di Facebook beliau, Muhyiddin mahu pihak terlibat memudah cara perancangan dan pembinaan infrastruktur digital, terutama di peringkat negeri dan kerajaan tempatan bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada rakyat.

Gesaan itu disuarakan ketika mempengerusikan Mesyuarat MPFN ke-36, pagi tadi.

“Ini kerana, pandemik COVID-19 menyaksikan kebergantungan yang tinggi kepada liputan jalur lebar yang berkualiti tinggi,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas itu, Perdana Menteri memperingatkan ahli mesyuarat dan agensi supaya memberi komitmen penuh ke atas kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ini katanya, bagi memastikan penduduk terbabit mendapat bantuan barang keperluan yang mencukupi.

Beliau turut mengarahkan supaya dipertingkatkan kawalan serta keupayaan tindakan kesihatan awam di Sabah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan segera.

Sementara itu, petang tadi, Muhyiddin menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkmenistan, TYT Gurbanguly Berdumuhamedov dan berbincang mengenai kerjasama dua hala yang sudah terjalin sejak 28 tahun lalu.

“PETRONAS sudah bertapak di negara itu sejak 1996 dan adalah pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan mencecah AS$11 bilion (RM45.8 bilion),”

“Perdana Menteri menyambut baik jemputan Presiden Berdumuhamedov untuk melawat negara itu dan menjemput beliau untuk melawat Malaysia selepas situasi COVID-19 pulih,” katanya.

]]>
Seorang lagi anak kapal Topaz meninggal dunia http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/seorang-lagi-anak-kapal-topaz-meninggal-dunia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=seorang-lagi-anak-kapal-topaz-meninggal-dunia Tue, 27 Oct 2020 13:19:26 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16408 27 OKT: Seorang lagi anak kapal Dayang Topaz yang karam di 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak, awal pagi tadi dilaporkan meninggal dunia, menjadikan jumlah kru yang maut akibat kejadian itu seramai dua orang. Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim D. Suzanna Razali Chan, memaklumkan […]]]>

27 OKT: Seorang lagi anak kapal Dayang Topaz yang karam di 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak, awal pagi tadi dilaporkan meninggal dunia, menjadikan jumlah kru yang maut akibat kejadian itu seramai dua orang.

Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim D. Suzanna Razali Chan, memaklumkan kedua-dua mangsa adalah warganegara Malaysia.

“Berdasarkan maklumat terkini oleh Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya, kedua-dua mangsa diterbangkan ke Lapangan Terbang Miri menggunakan pesawat AW 189 PETRONAS dan selamat mendarat jam 5.40 petang tadi.

“Kedua-dua mangsa adalah warganegara Malaysia dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebaik tiba di Lapangan Terbang Miri, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya seramai 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz yang selamat sudah pun dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.

“Kesemua mangsa akan menjalani saringan COVID-19 dan ditempatkan sementara di sebuah fasiliti penginapan bagi tujuan kuarantin serta diberi rawatan lanjut.

“Seramai 12 lagi kru masih kekal berada di atas kapal bagi memastikan keselamatan kapal,” katanya.

]]>
Tiga larangan jika pilihan raya tak dapat dielak http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/tiga-larangan-jika-pilihan-raya-tak-dapat-dielak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiga-larangan-jika-pilihan-raya-tak-dapat-dielak Tue, 27 Oct 2020 12:54:43 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16403 27 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan tiga larangan yang perlu diberi perhatian untuk dilaksanakan jika pilihan raya perlu diadakan dalam masa terdekat bagi membendung penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah larangan rentas daerah atau pulang ke kampung; tidak boleh berkempen rumah ke rumah serta tidak boleh […]]]>

27 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan tiga larangan yang perlu diberi perhatian untuk dilaksanakan jika pilihan raya perlu diadakan dalam masa terdekat bagi membendung penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah larangan rentas daerah atau pulang ke kampung; tidak boleh berkempen rumah ke rumah serta tidak boleh mengadakan perhimpunan beramai-ramai.

“KKM amat ambil berat jika ada pilihan raya berikutnya. Saranan kita supaya tiada pilihan raya lagi buat masa ini, namun jika perlu dijalankan juga maka ia perlu mematuhi tiga larangan berkenaan.

“Ini kita perlu terus berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperbaiki situasi yang ada termasuk memperluaskan kaedah undi pos dan lain-lain,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Tambah Noor Hisham, walaupun prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya telah ada, tetapi apa yang lebih penting adalah pematuhannya.

“Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah (pilihan raya). Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain,” katanya.

Sebelum ini, SPR menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh PRK Parlimen, Batu Sapi, manakala 23 November sebagai tarikh penamaan calon manakala 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, 4 Disember.

Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tutup permohonan adalah pada 13 Oktober dan 19 November 2020.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada 2 Oktober lalu.

]]>
PN bertekad kerja kuat untuk rakyat, hadapi Covid-19 http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/pn-junjung-tinggi-pengiktirafan-agong-pada-kerajaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pn-junjung-tinggi-pengiktirafan-agong-pada-kerajaan Tue, 27 Oct 2020 11:38:34 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16398 27 OKT: Perikatan Nasional (PN) menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan. Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN juga menjunjung kasih di atas keyakinan Seri Paduka terhadap […]]]>

27 OKT: Perikatan Nasional (PN) menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN juga menjunjung kasih di atas keyakinan Seri Paduka terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara.

“PN bertekad untuk terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik COVID-19.

“Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama- sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

muhyiddin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Ahad lalu memaklumkan, melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Sementara itu, dalam kenyataan media bertajuk Kesatuan Bersama Rakyat Perangi COVID-19 itu, Mohamed Azmin berkata, PN menyambut baik semangat solidariti yang ditunjukkan parti-parti komponen perikatan itu.

Katanya, ini termasuk ahli-ahli Parlimen UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin dan mendukung Kerajaan PN.

“PN menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

]]>
Dua lagi kluster berkait tempat kerja dilapor http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/dua-lagi-kluster-berkait-tempat-kerja-dilapor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dua-lagi-kluster-berkait-tempat-kerja-dilapor Tue, 27 Oct 2020 11:01:32 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16395 27 OKT: Dua kluster baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan satu di Sabah dan satu lagi di Labuan yang mana kedua-duanya melibatkan kluster tempat kerja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama ialah Kluster Lintas melibatkan daerah Kota Kinabalu dengan sebanyak enam kes bagi kluster ini telah dikenal […]]]>

27 OKT: Dua kluster baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan satu di Sabah dan satu lagi di Labuan yang mana kedua-duanya melibatkan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama ialah Kluster Lintas melibatkan daerah Kota Kinabalu dengan sebanyak enam kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19.

Katanya, ia hasil saringan di tempat kerja pada 26 Oktober 2020 dan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dengan setakat jam 12 tengah hari ini, sejumlah 21 individu telah disaring.

“Kluster kedua pula iaitu Kluster Limbungan di Labuan dengan kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 15 Oktober 2020.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19 pada 27 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 383 individu telah disaring dengan 319 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, kata beliau, daripada 230 kluster COVID-19 yang dilaporkan sejak permulaan pandemik ini di Malaysia, sebanyak 62 kluster atau 30 peratus adalah berkaitan dengan tempat kerja.

Katanya, sehingga hari ini, terdapat 37 kluster berkaitan tempat kerja yang masih aktif termasuk dua kluster baharu diumumkan pada hari ini.

“KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dan syarikat swasta dalam bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 di kalangan warga kerja.

“Tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan terhadap pekerja membolehkan pengesanan kes-kes positif yang tidak bergejala dalam kalangan warga kerja dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera.

“Ini sekaligus dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam sesebuah komuniti dan seterusnya melindungi individu-individu daripada kumpulan berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak 36 kluster melaporkan kes baru COVID-19 hari ini dengan jumlah terbesar dikesan daripada Kluster Kaya melibatkan 152 kes.

Katanya, kes-kes positif kluster ini dikesan di Seremban, Lembah Pantai, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling.

Ujarnya, kluster kedua melaporkan kes tertinggi ialah Saguking di Labuan melibatkan 55 kes diikui Kluster Melati dengan 36 kes yang dikesan di Lembah Klang, Pahang dan Perak.

“Kluster Utama di Petaling juga melaporkan tiga kes baru hari ini yang menjadikan keseluruhan kes positif daripada kluster ini berjumlah 229 kes.

“Kluster Hentian, Hulu Langat pula mengesan empat kes baru hari ini dengan keseluruhan kes daripada kluster ini kini berjumlah 82 kes,” katanya.-Oleh M. HERMAN HAMID

]]>
835 kes baru, Sabah turun, N. Sembilan naik mendadak http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/835-kes-baru-sabah-turun-n-sembilan-naik-mendadak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=835-kes-baru-sabah-turun-n-sembilan-naik-mendadak Tue, 27 Oct 2020 10:33:56 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16385 27 OKT: Kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan tiga angka dengan 835 penularan dilaporkan di seluruh negara hari ini berbanding 1,240 kes semalam yang juga rekod harian tertinggi. Negeri Sabah turut mencatatkan penurunan kes yang agak ketara hari ini apabila hanya 410 penularan dilaporkan, kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan kes berbanding semalam yang mencecah 927 kes. […]]]>

27 OKT: Kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan tiga angka dengan 835 penularan dilaporkan di seluruh negara hari ini berbanding 1,240 kes semalam yang juga rekod harian tertinggi.

Negeri Sabah turut mencatatkan penurunan kes yang agak ketara hari ini apabila hanya 410 penularan dilaporkan, kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan kes berbanding semalam yang mencecah 927 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Negeri Sembilan bagaimanapun melaporkan peningkatan penularan dengan 155 kes dikesan.

Katanya, ini diikuti Selangor dengan 126 kes manakala Labuan yang melaporkan satu kluster baru mencatatkan peningkatan penularan melibatkan 76 kes baru Covid-19.

Turut melaporkan kes hari ini ujar Noor Hisham ialah, Sarawak dengan 16 kes, Pulau Pinang (13), Perak 911), Kuala Lumpur (11), Johor (lapan), Kedah (empat), Terengganu (empat) dan Putrajaya, satu kes.

“Hari ini juga melaporkan 674 kes sembuh di seluruh negara dan ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 9,903.

“Seramai 89 individu disahkan positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 32 lagi memerlukan alatbantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Noor Hisham, pihaknya juga mengenal pasti dua lagi lagi kluster baru hari ini manakala kematian pula mencatatkan dua lagi kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 kini meningkat kepada 238 kes.

“Kedua-dua kes kematian hari ini dilaporkan di Hospital Tawau. Pihak KKM mengucapkan takziah kepada anggota keluarga terlibat,” katanya.

Sementara itu, katanya, lima kes import dikenal pasti hari ini dengan empat daripadanya bukan warganegara.

“Jangkitan berkenaan melibatkan kepulangan dari India (dua kes), Indonesia, Thailand dan Bulgaria,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

]]>
Minyak sawit Malaysia mesti mapan http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/minyak-sawit-malaysia-mesti-mapan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=minyak-sawit-malaysia-mesti-mapan Tue, 27 Oct 2020 10:33:24 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16386 sawit27 OKT: Industri sawit Malaysia perlu terus menghasilkan Minyak Sawit Mapan Diperakui (CSPO) bagi memenuhi permintaan dunia. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, selain harga yang kompetitif, reputasi turut memainkan peranan penting. Menurut beliau, minyak sawit Malaysia juga mesti mematuhi peraturan yang ketat dalam pasaran pengguna. “Ia mesti mapan […]]]> sawit

27 OKT: Industri sawit Malaysia perlu terus menghasilkan Minyak Sawit Mapan Diperakui (CSPO) bagi memenuhi permintaan dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, selain harga yang kompetitif, reputasi turut memainkan peranan penting.

Menurut beliau, minyak sawit Malaysia juga mesti mematuhi peraturan yang ketat dalam pasaran pengguna.

“Ia mesti mapan dalam segenap aspek dan isu-isu seperti penyusutan kepelbagaian bio, konflik tanah, pembukaan hutan, buruh paksa dan keselamatan makanan mesti diberi keutamaan.

“Kami sedang bekerja keras untuk memastikan CSPO Malaysia kekal menjadi minyak sawit premium – anugerah Tuhan kepada dunia,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Minyak Sawit dan Laurik 2020 yang diadakan secara maya, hari ini.

Mohd Khairuddin memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha mempromosi penggunaan minyak sawit di pasaran global.

Beliau menambah, usaha itu termasuk menyediakan data mengenai minyak sawit dan melakukan penyelidikan secara berkolaborasi dengan institusi terkemuka di negara-negara pengimport utama.

“Dalam hal ini, Malaysia telah menubuhkan Institut Penyelidikan dan Teknikal Kelapa Sawit (PORTSIM) di China dan India untuk memberikan sokongan teknikal dan ilmiah dalam mempromosikan penggunaan minyak sawit,” jelasnya.

Selain itu, Mohd Khairuddin memberitahu, Malaysia akan terus menganjurkan Seminar Perdagangan Minyak Sawit (POTS) secara dalam talian di pasaran utama dan baharu untuk menyebarkan maklumat mengenai khasiat minyak sawit. – Oleh HUSSAINI AMRAN

]]>
Belanjawan 2021 dirangka untuk rakyat, usah dipolitik http://www.pnbbcportal.com/2020/10/27/belanjawan-2021-dirangka-untuk-rakyat-usah-dipolitik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=belanjawan-2021-dirangka-untuk-rakyat-usah-dipolitik Tue, 27 Oct 2020 09:30:41 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16377 27 OKT: Kerajaan yakin Belanjawan 2021 tidak akan dipolitikkan dan mendapat sokongan jitu daripada semua Ahli Parlimen demi kemakmuran bersama negara. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga sudah bertitah mengingatkan semua pihak untuk memberhentikan segala politiking yang menganggu kestabilan negara. Sebagai […]]]>

27 OKT: Kerajaan yakin Belanjawan 2021 tidak akan dipolitikkan dan mendapat sokongan jitu daripada semua Ahli Parlimen demi kemakmuran bersama negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga sudah bertitah mengingatkan semua pihak untuk memberhentikan segala politiking yang menganggu kestabilan negara.

Sebagai ahli Jemaah Menteri, beliau juga menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda dan kepercayaan yang diberikan Al-Sultan Abdullah kepada kerajaan terutamanya dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

“Yang di-Pertuan Agong juga sudah menegaskan bahawa Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat bagi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Sehubungan itu, saya ingin berkongsi bahawa saya dan warga Kementerian Kewangan sedang berusaha dengan penuh komitmen dan dedikasi untuk menyediakan Belanjawan 2021 yang komprehensif dan tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Belanjawan 2021 akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi yang digerakkan sejak Mei lalu serta menerusi semua pakej rangsangan ekonomi, iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan LAKSANA Ke-27 pelaksanaan PRIHATIN dan PENJANA.

Tengku Zafrul juga berharap unjuran pemulihan ekonomi dapat dicapai menjelang tahun hadapan.

“InsyaAllah, moga unjuran pemulihan ekonomi dapat dicapai menjelang tahun depan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu demi negara Malaysia yang tercinta,” katanya.

]]>