Kenyataan Media – PN BBC PORTAL http://www.pnbbcportal.com Sun, 25 Oct 2020 13:29:06 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.4.2 Tumpu rakyat, luluskan belanjawan seperti titah Agong http://www.pnbbcportal.com/2020/10/25/tumpu-rakyat-luluskan-belanjawan-seperti-titah-agong/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tumpu-rakyat-luluskan-belanjawan-seperti-titah-agong Sun, 25 Oct 2020 13:29:04 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16196 Oleh: SHAHRIL HAMDAN Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku. Majlis Raja-Raja telah memutuskan bahawa pada masa ini tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat. Masing-masing mempunyai pandangan peribadi dan ada yang telah mengutarakannya sebelum ini termasuk saya, tetapi akhirnya yang penting adalah kita akur dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. […]]]>

Oleh: SHAHRIL HAMDAN

Daulat Tuanku.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Majlis Raja-Raja telah memutuskan bahawa pada masa ini tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Masing-masing mempunyai pandangan peribadi dan ada yang telah mengutarakannya sebelum ini termasuk saya, tetapi akhirnya yang penting adalah kita akur dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengingatkan ahli-ahli politik agar berhenti ‘politicking’ dan tumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat dan mengutamakan Belanjawan 2021 yang akan menjadi sebuah dokumen yang sangat penting bagi negara dalam era pandemik ini.

Peruntukan kewangan ini perlu diluluskan bagi menampung sistem kesihatan kita agar petugas hadapan mampu mengawal wabak ini. Malaysia kini dalam fasa pemulihan ekonomi dan pada masa ini, hampir seluruh sektor ekonomi negara kita sudah kembali dibuka.

Bajet ini akan menentukan dan memberi hala tuju kepada ekonomi negara kita pada tahun yang akan datang. Kita semua tahu, ramai rakyat telah kehilangan pekerjaan, peniaga kecil dan sederhana terpaksa menutup perniagaan mereka kerana wabak yang melanda dunia pada tahun ini.

Justeru, belanjawan ini penting bagi meringankan beban mereka dan membantu semua yang terjejas dengan inisiatif-inisiatif yang akan dikemukakan dalam bajet yang akan dibentangkan di parlimen bulan depan.

Saya berharap agar ahli-ahli politik memberi perhatian sepenuhnya kepada belanjawan ini. Utamakan rakyat. Itu merupakan tanggungjawab utama sebagai pemimpin.

Menjunjung Kasih Tuanku.

]]>
Seremban zon merah, semua sekolah tutup http://www.pnbbcportal.com/2020/10/24/seremban-zon-merah-semua-sekolah-tutup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=seremban-zon-merah-semua-sekolah-tutup Sat, 24 Oct 2020 12:06:41 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=16110 SerembanKementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa […]]]> Seremban

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di daerah Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup bermula 25 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.

Ini melibatkan sebanyak 177 institusi pendidikan di seluruh daerah Seremban.

Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, institusi pendidikan guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Seremban dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga serta warga sekolah dan institusi terbabit. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.

Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

Walau bagaimanapun, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa serta murid atau pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

Keperluan makan dan minum murid serta pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan.

Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah dan institusi akan dibuat dari semasa ke semasa.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

]]>
Daftar ROS: Musuh tidak berjaya pecahkan MN http://www.pnbbcportal.com/2020/10/21/daftar-ros-musuh-tidak-berjaya-pecahkan-mn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daftar-ros-musuh-tidak-berjaya-pecahkan-mn Wed, 21 Oct 2020 13:06:28 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=15889 SIDANG Assabiqun PAS menzahirkan rasa syukur dan lega yang amat sangat dengan langkah yang diambil oleh kedua-dua pemimpin tertinggi Parti Umno dan PAS yang memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dengan mendaftarkan MN secara rasmi dengan ROS. Sesungguhnya dengan mendaftarkan MN mencerminkan komitmen yang tinggi kedua-dua parti Melayu-Islam yang terbesar di Malaysia ini untuk […]]]>

SIDANG Assabiqun PAS menzahirkan rasa syukur dan lega yang amat sangat dengan langkah yang diambil oleh kedua-dua pemimpin tertinggi Parti Umno dan PAS yang memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dengan mendaftarkan MN secara rasmi dengan ROS.

Sesungguhnya dengan mendaftarkan MN mencerminkan komitmen yang tinggi kedua-dua parti Melayu-Islam yang terbesar di Malaysia ini untuk memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara sepertimana yang termeterai dalam piagam MN.

Dr Mahfodz Mohamed

Sidang Assabiqun PAS yakin dan percaya dengan keputusan yang dicapai bersama itu membuktikan kepada musuh politik bahawa mereka tidak akan berjaya untuk memecah belahkan perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam masa yang sama kedua-dua parti akan terus berta’awun lebih akrab lagi demi mengukuhkan ukhuwah Islamiyah dan memantapkan jentera pilihan raya.

Semoga MN dan kumpulan yang sealiran dengannya dapat mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang.

Ybgh DATO’ DR MAHFODZ MOHAMED
Pengerusi Sidang Assabiqun PAS

]]>
Benarkan media jalankan tugas – NUJM http://www.pnbbcportal.com/2020/10/21/benarkan-media-jalankan-tugas-nujm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=benarkan-media-jalankan-tugas-nujm Wed, 21 Oct 2020 12:09:05 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=15883 MERUJUK kepada kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung arahan semua pekerja sama ada di sektor awam dan swasta perlu bekerja dari rumah berkuat kuasa Khamis, 22 Oktober ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) menyeru kepada pihak berkuasa untuk membenarkan petugas-petugas media menjalankan tugas mereka tanpa ditahan dan dihalang dalam mana-mana sekatan jalan raya. Kebanyakan petugas […]]]>

MERUJUK kepada kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung arahan semua pekerja sama ada di sektor awam dan swasta perlu bekerja dari rumah berkuat kuasa Khamis, 22 Oktober ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) menyeru kepada pihak berkuasa untuk membenarkan petugas-petugas media menjalankan tugas mereka tanpa ditahan dan dihalang dalam mana-mana sekatan jalan raya.

Kebanyakan petugas media perlu membuat liputan di pelbagai kawasan termasuk tempat berisiko, sehubungan itu, NUJM memohon kerjasama diberikan kepada petugas media yang mempunyai surat kebenaran bertugas daripada syarikat masing-masing.

Bagi petugas media yang berada di Zon Merah atau kawasan berisiko tinggi diminta untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 bagi memastikan keselamatan diri dan membolehkan pihak berkuasa memberi kebenaran untuk membuat liputan.

NUJM juga ingin mengingatkan semua petugas media supaya sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas dan mematuhi segala amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mana-mana petugas media yang mempunyai gejala COVID-19 dinasihatkan untuk segera melakukan ujian saringan di hospital dan mematuhi arahan kuarantin wajib.

#kitajagakita

Bagi Pihak Ahli Jawatankuasa NUJ,

FARAH MARSHITA ABDUL PATAH
Presiden

]]>
Saling menghormati pelantikan jawatan dalam PN http://www.pnbbcportal.com/2020/10/19/saling-menghormati-pelantikan-jawatan-dalam-pn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saling-menghormati-pelantikan-jawatan-dalam-pn Mon, 19 Oct 2020 02:07:37 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=15582 perakUMNO Perak amat prihatin dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Gelombang ketiga pandemik ini menunjukan peningkatan kes jangkitan termasuk di Perak. Pandemik ini bukan sahaja mengancam nyawa bahkan menghambat ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan rakyat. Justeru, dalam keadaan kegelisahan rakyat menghadapi suasana mencemaskan ini, UMNO Perak mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan politik bagi membolehkan kerajaan negeri […]]]> perak

UMNO Perak amat prihatin dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Gelombang ketiga pandemik ini menunjukan peningkatan kes jangkitan termasuk di Perak. Pandemik ini bukan sahaja mengancam nyawa bahkan menghambat ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Justeru, dalam keadaan kegelisahan rakyat menghadapi suasana mencemaskan ini, UMNO Perak mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan politik bagi membolehkan kerajaan negeri yang dibentuk atas semangat muafakat dan kerjasama ini dapat fokus sepenuhnya dalam mendepani impak COVID-19.

Namun suasana yang cuba dibina itu tidak dihargai dengan baik apabila satu demi satu tindakan pihak YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membelakangi semangat ini.

SAARANI MOHAMAD
SAARANI MOHAMAD

Tumpuan untuk menjaga kepentingan rakyat tidak diberi penekanan dengan tindakan-tindakan yang dibuat tanpa semangat musyawarah berpasukan, kerjasama dan perjanjian yang dipersetujui bersama dan telah ditandatangani.

Saya mendengar penjelasan YAB Menteri Besar kepada soalan pemberita baru-baru ini berkaitan dengan pelantikan ADUN Pengkalan Hulu, YB Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau. Meskipun saya cuba mengelak untuk membuat kenyataan terbuka apabila YAB Menteri Besar melantik seorang dari ahli YB dari UMNO, tetapi beliau sendiri telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak perlu mendapat kebenaran dari parti UMNO.

Perlu saya jelaskan bahawa ketika persetujuan untuk membentuk kerajaan, ketiga-ketiga pihak – Bersatu, UMNO dan PAS – telah membuat persetujuan bertulis untuk saling hormat menghormati dalam urusan pelantikan setiap wakil sama ada sebagai ahli majlis mesyuarat (Exco), ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan lantikan politik yang lain.

Sewajarnya, pelantikan mana-mana ADUN, atau pemimpin UMNO dalam kerajaan hendaklah dibincangkan dengan badan perhubungan negeri atas semangat setiakawan dan prinsip hormat menghormati.

Harus diingat, Kerajaan Negeri Perak hari ini dibentuk atas semangat setiakawan serta persefahaman bagi memastikan Perak terpelihara daripada ancaman “politik yang tidak sihat”. Tanpa semangat setiakawan kestabilan politik negeri ini akan terancam.

Bagaimanapun, nampaknya persefahaman serta perjanjian ketika pembentukan Kerajaan Negeri Perikatan Nasional sudah tidak dihormati. Hakikatnya, ia sudah berkali-kali dilanggari. Sebelum ini pun, ada cubaan untuk mengubah senarai nama Exco yang sudah dipersetujui serta cubaan menukar pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Saya juga ingin menegaskan, UMNO dan BN Perak tidak tamak kuasa seperti yang didendangkan setiap kali kami bersuara. Hakikatnya, kami mempunyai 25 ADUN, jumlah paling besar di dalam Dewan Undangan Negeri. Namun atas ketaatan dan semangat tolak ansur, kami tidak menarik sokongan apabila jawatan Menteri Besar diberikan kepada Bersatu.

Namun janganlah sikap keterbukaan, ketaatan serta tindakan berdiam diri kami selama ini dianggap sebagai kelemahan dan UMNO Perak boleh diperkotak-katikkan sehingga satu persatu persetujuan yang dimeterai bersama sebelum ini cuba dikhianati.

Pendekatan berdiam diri selama ini diambil bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa dalam waktu pandemik COVID-19 ini. Hentikanlah bermain politik dan bersandiwara serta tumpukan kepada kebajikan rakyat yang menderita sekarang.

DATUK SAARANI MOHAMAD
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak
Pengerusi Barisan Nasional Perak

]]>
Merancakkan kembali pelancongan domestik Malaysia http://www.pnbbcportal.com/2020/10/09/merancakkan-kembali-pelancongan-domestik-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=merancakkan-kembali-pelancongan-domestik-malaysia Fri, 09 Oct 2020 02:47:15 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=14799 pelanconganPemulihan ekonomi akan memakan masa yang panjang malah ada pihak yang berpendapat sektor pelancongan mungkin mengambil masa sehingga dua ke tiga tahun untuk kembali ke tahap normal selepas pandemik COVID-19 berakhir. Dalam keadaan seluruh dunia sedang berdepan penularan wabak ini, sudah tentu pelancongan antarabangsa tidak dapat beroperasi. Bagi memastikan sektor pelancongan negara tidak lumpuh, usaha […]]]> pelancongan

Pemulihan ekonomi akan memakan masa yang panjang malah ada pihak yang berpendapat sektor pelancongan mungkin mengambil masa sehingga dua ke tiga tahun untuk kembali ke tahap normal selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Dalam keadaan seluruh dunia sedang berdepan penularan wabak ini, sudah tentu pelancongan antarabangsa tidak dapat beroperasi.

Bagi memastikan sektor pelancongan negara tidak lumpuh, usaha memperkasakan pelancongan domestik perlu segera dilaksanakan.

MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

Apabila menyebut pelancongan domestik bermakna rakyat melancong di dalam negara sendiri, tidak kira berapa jarak destinasi dituju dengan tempat tinggal dan apa aktiviti yang dilakukan.

Untuk merancakkan pelancongan domestik, tiga cadangan cuti boleh dilaksanakan bagi memacu kembali sektor pelancongan negara.

Mewujudkan empat giliran waktu kerja

Dengan cara ini, akan ada empat kumpulan yang bekerja dan dalam satu minggu, satu kumpulan boleh mengambil cuti pada Jumaat jika mereka bercuti Sabtu dan Ahad dan bagi yang bercuti Jumaat dan Sabtu, mereka boleh ambil cuti Ahad.

Ini boleh dilakukan bergilir setiap minggu bagi kumpulan kerja yang berbeza, dengan cara ini setiap kumpulan kerja dapat bercuti selama tiga hari untuk melancong ke destinasi menarik dalam negara.

Jika setiap minggu ada rakyat yang bercuti pastinya merancakkan sektor pelancongan domestik sekali gus membantu pengusaha rumah rehat dan hotel meneruskan perniagaan mereka.

Sistem cuti pada hujung minggu diubah

Jika ini dapat dilaksanakan tentunya aktiviti pelancongan domestik tidak hanya akan tertumpu pada hari minggu sahaja (Sabtu dan Ahad) atau (Jumaat dan Sabtu) sebaliknya pada hari-hari lain (Isnin hingga Khamis), mereka yang digilirkan tidak bekerja boleh bercuti bersama keluarga.

Negara mempunyai kira-kira 15 juta pekerja, saya ambil contoh jika 500,000 orang bercuti pada setiap hari, tentunya ia dapat merancakkan sektor pelancongan domestik sekali gus majukan pelancongan negara secara keseluruhannya.

Cuti sekolah tidak serentak

Musim cuti persekolahan perlu diubah supaya semua sekolah tidak bercuti serentak.

Sebagai contoh, setiap kali musim cuti sekolah hanya tiga atau empat negeri yang bercuti. Ini penting bagi memastikan tidak berlaku limpahan pelancong sekali gus menyebabkan kesesakkan kerana mereka bercuti pada masa yang sama.

Saya melihat tiga cadangan ini perlu dilaksanakan ketika ini untuk kita merancakkan sektor pelancongan domestik negara.

Jika tidak, aktiviti pelancongan domestik hanya akan tertumpu pada cuti hujung minggu atau hari-hari tertentu sahaja dan lebih parah lagi menyebabkan kesesakan melampau sebagai contoh di Cameron Highlands, Kuala Gandah jika pada cuti hujung minggu kesesakannya tidak boleh diatasi.

DATUK SERI MOHD SHARKAR SHAMSUDIN
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan & Komoditi Negeri Pahang

]]>
Beri mahasiswa bantuan one-off RM500 http://www.pnbbcportal.com/2020/10/05/beri-mahasiswa-bantuan-one-off-rm500/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=beri-mahasiswa-bantuan-one-off-rm500 Mon, 05 Oct 2020 05:28:12 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=14429 UPMASYRAF WAJDI DUSUKI]]> UPM

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar-pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.

Ini bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan KPT yang menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

Walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini, namun keputusan di saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

Justeru Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing.

DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

]]>
Melaka tangguh sambutan Hari Sukan Negara http://www.pnbbcportal.com/2020/10/04/melaka-tangguh-sambutan-hari-sukan-negara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=melaka-tangguh-sambutan-hari-sukan-negara Sun, 04 Oct 2020 04:01:28 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=14357 hari sukan negaraSUSULAN keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengambil ketetapan untuk menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) ke satu tarikh bersesuaian, sambutan Hari Sukan Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka juga akan ditangguh ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. Kesemua […]]]> hari sukan negara

SUSULAN keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengambil ketetapan untuk menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) ke satu tarikh bersesuaian, sambutan Hari Sukan Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka juga akan ditangguh ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

Kesemua agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, mahupun persatuan-persatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti sukan di Melaka yang telah bercadang untuk menganjurkan sambutan bersama bagi merancakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka juga disarankan untuk mengambil langkah yang sama.

Keputusan penangguhan HSN 2020 ini dibuat setelah mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes COVID-19 baru-baru ini dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko penyebaran pandemik tersebut demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Adalah diharapkan agar semua penggiat sukan di Melaka sentiasa menjaga diri, kekal sihat dan aktif mengikut garis panduan standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KBS dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

Semoga rakyat Malaysia dan Melaka diberi kesihatan dan keselamatan serta terlindung daripada dijangkiti wabak COVID-19 ini.

DATUK MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia & Sukan Negeri Melaka

]]>
Bermuafakatlah, bersatulah kerana itulah kekuatan kita http://www.pnbbcportal.com/2020/10/01/bermuafakatlah-bersatulah-kerana-itulah-kekuatan-kita/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bermuafakatlah-bersatulah-kerana-itulah-kekuatan-kita Thu, 01 Oct 2020 14:00:07 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=14187 annuar musa1) Saya terbaca banyak artikel pasca PRN Sabah dan banyak juga ditulis fakta yg tidak tepat dan bersifat “hearsay”. 2) Saya terpanggil untuk menulis berasaskan maklumat “firsthand” dan kongsi pengelaman.Jika ia khilaf, adalah kerana khilafnya tafsiran saya sendiri. 3) Jawatan Ketua Menteri sebenarnya ditawar kepada UMNO oleh pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum penamaan […]]]> annuar musa

1) Saya terbaca banyak artikel pasca PRN Sabah dan banyak juga ditulis fakta yg tidak tepat dan bersifat “hearsay”.

2) Saya terpanggil untuk menulis berasaskan maklumat “firsthand” dan kongsi pengelaman.Jika ia khilaf, adalah kerana khilafnya tafsiran saya sendiri.

3) Jawatan Ketua Menteri sebenarnya ditawar kepada UMNO oleh pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum penamaan calon. Silap UMNO ialah tidak menyahut tawaran itu, dan kita ada pendekatan kita sendiri. Pendekatan itu menimbulkan kerumitan apabila jumlah kerusi BN jauh lebih rendah dari yang diharapkan.

4) BN Sabah terlalu yakin memenangi 26 hingga 27 kerusi. Laporan pengundi putih pada awalnya begitu meyakinkan. 27/41 kawasan melepasi sasaran stok putih.

5) Malangnya pada D Day tak sampai separuh yg diterjemah kepada “keluar” dan “undi”(GOTV)…ini paling rendah berbanding semua PRK sebelum ini. Menjelang jam 3 petang hari mengundi, hanya 7/41 melepasi garis kritikal. Ertinya jentera masih lemah atau data tidak tepat dan salah cula.

6) Isu pertandingan “friendly” sesama sendiri yang berlaku ditulis banyak pihak. Tak kurang tuduh menuduh. Pada pemerhatian saya, ia bukan berpunca dari Bersatu, malah UMNO dan Bersatu tidak bertembung. Ia bermula bila PBS mahu banyak kerusi dengan lambang sendiri.

Setelah masing masing tak beralah, berlakulah “free for all” di kebanyakan kerusi BBI (Bumiputera bukan Islam).

7)Tiga hari sebelum mengundi YAB Perdana Menteri dalam satu mesyuarat koordinasi cadangkan kompromi antara parti dengan cara TARIK SATU, DAPAT SATU melibatkan 8 kerusi, malangnya masing-masing enggan beralah. Hasilnya hampir semuanya kalah di situ.

8) Bung (Datuk Seri Bung Moktar Radin) membuat satu pengakuan menarik bahawa calon-calon muda dan baru kurang upaya menyaingi calon-calon established..ia suatu pengajaran yang boleh sama sama kaji.

9) Dari pemerhatian saya politik konfrontasional yg wujud dalaman UMNO Sabah agak merugikan. Sekiranya politik rekonsiliasi dipakai, mungkin lebih banyak kerusi boleh dimenangi.

10) Begitu juga percubaan mendapatkan banyak kerusi untuk bertanding tak semestinya untung. Yang lebih penting adalah kerusi yang dimenangi, bukan yang ditandingi. BN bertanding 41, menang cuma 14, PN bertanding 27 tapi menang 17.

11) Keharmonian jentera antara BN Dan PN juga bermasalah di banyak tempat. Banyak bergerak dalam silo masing masing, baik pemimpin bawah, mahu pun di atas.

12) Secara keseluruhan, UMNO DAN BN SABAH BERJAYA. Menumbangkan kerajaan WARISAN tidak mudah. Tapi BUNG Dan BN Sabah sudah berjaya melakukannya.

13) Meskipun kecewa jumlah kerusi hanya 14, tidak seharusnya terlalu berpendirian negatif dan rasa gagal. Pada saya UMNO SABAH MENCAPAI KEJAYAAN YANG BESAR.

Dari tinggal hanya satu kerusi 2018, kini UMNO SABAH mempunyai 14 ADUN, bersama 1 jawatan TKM, 4 MENTERI, mungkin 5-6 TIMBALAN MENTERI, 2 ADUN DILANTIK, TIMBALAN SPEAKER DLL.

15) Kita harus percaya, kejayaan itu adalah hasil politik MUAFAKAT. Malah persengketaanlah yang telah menyebabkan kita kehilangan beberapa kerusi. GRS sepatutnya boleh memenangi 10 lagi kerusi.

Akhir kata, usah Kita lebarkan perpecahan, yang amat didambakan musuh politik kita. Troopers mereka bergentayangan di alam siber dan menyamar kononnya mereka sebagai grassroot UMNO dan cuba melaga-lagakan anggota BN MN PN.

Kerana kiranya itu mereka berjaya, maka berjayalah mereka menewaskan kita di PRU akan datang

BERMUAFAKATLAH, BERSATULAH KERANA ITULAH KEKUATAN KITA. Kelemahan Kita, Kita perbaiki bersama Insya-Allah.

Tan Sri Annuar Musa
Bukit Damansara
1 hb Oktober 2020

]]>
UMNO mesti kaji semula pendekatan politik http://www.pnbbcportal.com/2020/10/01/umno-mesti-kaji-semula-pendekatan-politik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umno-mesti-kaji-semula-pendekatan-politik Thu, 01 Oct 2020 04:57:14 +0000 http://www.pnbbcportal.com/?p=14131 mohamad hasanKEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah. Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS. Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika […]]]> mohamad hasan

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.

Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.

Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan portfolio Kabinet pun hampir dimungkiri.

UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihan raya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan hala tuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRN Sabah.

Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui ‘langkah Sheraton’ adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya adalah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui Barisan Nasional (BN) dan bukannya platform politik lain.

Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional (PN).

Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai pilihan raya umum (PRU) akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.

Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut di hujung, baliklah ke pangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan didukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

DATUK SERI MOHAMAD HASAN
Timbalan Presiden UMNO

]]>