Tiga maut akibat tanah runtuh di Penampang

14

15 SEPT: Tiga maut manakala tiga lagi selamat dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Penampang petang tadi.

Mereka yang terkorban itu ialah Salmah Hamid, 25, anaknya, Dayana Zulazmil, berusia lapan bulan dan Rosatima Asbirin, lima tahun.

Bagaimanapun, tiga lagi mangsa ditemukan selamat dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Mereka yang terselamat ialah Risdah Jabin, 22, Norsirah Asbirin, 3 dan Juliana Zulazmil berusia satu tahun.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk menerima rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.57 petang berhubung kejadian itu.

“Kejadian membabitkan enam mangsa akibat tanah runtuh dan mendapati dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.