Perlu Ada Tolak Ansur Politik Ketika Hadapi Cabaran Pandemik

22

15 SEPT : Bagi sebuah negara yang memiliki pelbagai bangsa dan agama, Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat diperlukan bagi melahirkan rakyat yang berkasih sayang, bersatu padu serta mempertahankan diri antara satu sama lain.

Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata konsep kebersamaan ini akan membenihkan sifat kasih sayang serta ramah agar boleh mewujudkan sifat pengorbanan di kalangan orang ramai yang digelar Keluarga Malaysia dan ini merupakan satu pendekatan yang baik.

Justeru, beliau mengajak semua Ahli-Ahli Parlimen agar menanamkan sifat tolak ansur politik dan bekerjasama dalam menangani cabaran ekonomi ketika menghadapi pandemik COVID-19 bagi memastikan 93 peratus kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat diturunkan.

“Maka, sudah tentulah kebersamaan melibatkan ekonomi penting bagi membantu rakyat khususnya golongan B40 yang seharusnya diberi peluang dengan bantuan TEKUN di peringkat gerai kecil-kecilan di kampung. Ia mesti diperkemaskan serta diperkasakan agar rakyat boleh bangkit.

“Pada masa sama, TEKUN boleh mengubbal satu program khas untuk libatkan rakyat marhain untuk terlibat perniagaan kecil-kecilan bagi mencukupkan makanan dan minuman mereka selama sebulan dan kerajaan juga perlu kembalikan semula ekonomi.

“Ia perlu direset semula ke arah pasca COVID-19. Dengan ini juga, agihan kekayaan negara boleh dibahagikan sama rata kerana sebelum ini tidak adil. Contoh, Sabah, Sarawak dan negeri pantai timur diabaikan dari sudut kekayaan ekonomi. Jadi, macamana perlu pastikan bahawa keadilan itu menyeluruh kepada rakyat Malaysia tidak kira di mana-mana negeri,” katanya.

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin perlu m,enggesa agar jawatankuasa keselamatan makanan perlu dipertingkatkan kerana berada di tahap kritikal kerana negara masih bergantung kepada bekalan import makanan dari luar negara.

“Jadi, saya yakin kerajaan perlu bersedia memperkasakan keselamatan makananan kerana membolehkan rakyat terlibat dengan apa yang telah mereka hasratkan kepada kerajaan mengenai perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dapat mewujudkan jawatankuasa khas bagi memperkasakan konsep wakaf tunai dan agihan zakat boleh dilakukan dengan lebih baik dan adil khususnya bagi membantu asnaf Gharimin.

“Kerajaan perlu melihat reformasi cukai seperti yang pernah dicadangkan PAS, antaranya cukai melibatkan keuntungan saham.

“Kerajaan perlu melihat peluang-peluang mengenakan cukai atas nama kerajaan persekutuan dan saya yakin banyak dana boleh digunakan oleh kerajaan dan pastikan cukai dapat dilaksanakan sesuai dengan konteks Islam,”katanya. Oleh- AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.