Kibar Jalur Gemilang semarak semangat cintakan negara

42

15 SEPT: Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun bertujuan memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.

Rakyat Malaysia terutamanya generasi muda perlu memahami kepentingan dan kelebihan untuk mengambil iktibar daripada pelbagai kisah dan peristiwa terdahulu sebagai panduan dan pengajaran dalam usaha untuk menikmati kehidupan yang lebih harmoni.

Kempen mengibar Jalur Gemilang boleh menjadi wadah untuk kita menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara serta memupuk perpaduan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Walaupun pergerakan terbatas kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan namun semangat cintakan tanah air tetap terserlah di dalam norma kehidupan seharian rakyat.

Keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi sejak sekian lama ini wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia!

Mahathir Mohd Rais

Ketua Bahagian BERSATU Segambut

Get real time updates directly on you device, subscribe now.