Kes kematian COVID-19 individu lengkap vaksin lebih rendah

18

15 SEPT : Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) England mengeluarkan laporan terbaharu memperlihatkan kematian akibat COVID-19 individu yang lengkap divaksin lebih rendah berbanding mereka yang masih tidak divaksin atau hanya mendapat satu suntikan saja.

Daripada 51,000 kematian di England antara Januari hingga Julai lalu, hanya 256 kematian membabitkan penerima vaksin lengkap di mana kebanyakan kes mempunyai sejarah penyakit kronik.

Menurut data itu, sesetengah kematian selepas divaksin berlaku disebabkan vaksin yang tidak efektif dan mengambil masa beberapa minggu selepas dos kedua untuk membina daya tahan tubuh.

Berdasarkan angka tersebut, ONS berkata ia menunjukkan vaksin mampu melawan dan mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19, menurut ONS.

Sebanyak 51,281 kematian COVID-19 antara 2 Januari hingga 2 Julai lalu terdiri daripada mereka yang pernah dijangkiti wabak itu sebelum divaksin.

Ia juga hanya membabitkan 640 individu atau 1.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kajian.

Sebanyak 458 kematian pula membabitkan individu yang sudah 21 hari menerima suntikan kedua.

Selain itu, 0.5 peratus pula adalah mereka yang sudah lengkap divaksin namun ujian saringan mendapati individu itu positif dalam tempoh 14 hari selepas dos kedua.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.