Gim, Fasiliti Sukan Dibenar Operasi Dalam Masa Terdekat

11

15 SEPT : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengedahkan pusat gimnasium dan fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) akan dibenarkan kembali beroperasi dalam masa yang terdekat. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya baru-baru ini telah menyampaikan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut beliau, KBS kini sedang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar perkara ini dapat diatasi dan boleh dibuka semula.

“Kita juga rasa kasihan kepada operator-operator fasiliti sukan dan juga penggemar pengguna gimnasium dan sebagainya.

“Kita sedang beurusan dengan KKM kita menyediakan cadangan untuk menyediakan SOP yang ketat bagi membolehkan fasiliti-fasiliti seperti ini dibuka. 

“Saya percaya buat masa ini KKM sedang memperhalusi cadangan-cadangan yang buat dan insya Allah dalam masa terdekat dapat kita kembali membuka gimnasium dan sukan-sukan rekreasi seperti bowling dengan SOP dan masalah ventilasi (pengudaraan) yang perlu kita perbaiki,” katanya ketika pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Bebas Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu KBS mengesyorkan pembukaan operasi pusat sukan dan gimnasium dibuka semula.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PAS Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkenana jika negara hanya bergantung kepada kudrat atlet 

senior bagi menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa, beliau memaklumkan Program Pelapis Negara adalah bagi memastikan ketidak kebergantungan kepada atlet senior. 

“Program ini adalah “back up” dan bakal menjadi pengganti atlet senior negara. 262 pelapis daripada 15 sukan sedang giat menjalani latihan sepenuh masa di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman. 

“Program pembangunan jangka panjang juga dilaksnaakan bagi memastikan kesinambungan atelet senior yang ada. Atlet-atlet ini perlu diberi pendedahan awal supaya berswdia menghadapi temasya sukan yang lebih berprsetij di samping persedian atlet pelapis dan menggantikan atlet senior, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.