54.1 peratus daripada populasi negara lengkap 2 dos vaksin

5

15 SEPT : Seramai 17,653,079 individu atau bersamaan 54.1 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my sebanyak 243,971 dos vaksin berjaya diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.

Manakala sebanyak 66.3 peratus atau 21,649,228 individu di negara ini pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 14 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, dengan 359 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 21,587 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.