Dua maut pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos

7

14 SEPT : Dua individu maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean semalam.

Kedua-dua mayat mangsa nahas ditemukan Pengawal Pantai tempatan.

Pesawat Cessna 172 itu dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas.

Setakat ini punca nahas tersebut masih dalam siasatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.