Parlimen lambang cerminan aspirasi rakyat

14

13 SEPT : Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Parlimen adalah lambang struktur demokrasi negara serta cerminan aspirasi rakyat yang tidak sesekali boleh diperkotak-katikkan.

Justeru, beliau akan terus membawa suara rakyat untuk didengari di Dewan Rakyat dan diberi perhatian oleh kerajaan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian menerusi hantaran terbaharu laman Facebook miliknya hari ini ,setelah selesai menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 di Parlimen.

Perasmian istiadat itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil gambar swafoto bersama Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyatakan syukur kerana dapat terus berkhidmat dan menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong.

“Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, ada Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen hari ini.

“Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan berperlembagaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

“Semoga Allah memudahkan segala urusan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara tercinta,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.