FBI sahkan Arab Saudi tidak terlibat dalam serangan 9/11

8

13 SEPT :  Arab Saudi disahkan tidak terlibat dalam serangan 9/11 oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam satu dokumen yang didedahkan sempena ulang tahun ke 20 serangan tersebut.

Agensi siasatan Amerika Syarikat itu menyiarkan dokumen pertama yang dibatalkan status rahsianya di mana sebelum ini AS mendakwa kerajaan Arab Saudi memberi sokongan kepada perampas pesawat dalam serangan itu.

Dokumen yang didedahkan itu secara jelas mendedahkan bahawa segala tuduhan wujud hubungan antara perampas warga Arab Saudi itu dengan rakan kerjasama mereka di AS adalah tidak benar. 

Presiden AS, Joe Biden, mengarahkan semakan terhadap bahan siasatan yang sesuai dikongsi dengan orang awam itu didedahkan setelah
berdepan tekanan daripada keluarga mangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Waris mangsa sebelum ini mendakwa pegawai kanan Arab Saudi juga terbabit dalam serangan 9/11.

Namun, Arab Saudi menafikannya sejak awal bahawa ia terbabit dalam serangan yang, dirancang dan dilakukan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Menurut laporan, 15 warga Arab Saudi adalah antara 19 perampas dalam serangan pesawat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon, yang menyebabkan hampir 3,000 orang terkorban.

Serangan itu dikatakan dirancang oleh pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi, Osama bin Laden.

Arab Saudi, sekutu lama AS, menafikan terlibat dalam insiden itu tetapi dibidas teruk oleh Amerika berhubung sistem sosial dan pendidikannya, yang menurut pengkritik mempromosikan faham ekstremisme.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.