AS percaya vaksin Pfizer sesuai untuk kanak-kanak 5-11 tahun

9

13 SEPT: Kebenaran penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dipercayai diketahui menjelang akhir Oktober depan.

Menurut pegawai kanan kesihatan Amerika Syarikat (AS) percaya ia berdasarkan jangkaan Pfizer, yang membangunkan suntikan itu dengan syarikat Jerman, BioNTech, akan mempunyai data mencukupi daripada ujian klinikal.

Ia memadai untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) bagi kumpulan umur terbabit daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS menjelang akhir bulan ini.

Dijangkakan, FDA dapat membuat keputusan sama ada suntikan terbabit selamat dan berkesan bagi kanak-kanak lebih muda dalam tempoh tiga minggu selepas penyerahan dokumen EUA.

Keputusan kebenaran penggunaan vaksin untuk golongan lebih muda begitu dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat AS terutama ibu bapa dengan anak yang memulakan persekolahan sejak beberapa minggu lalu.

AS kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat COVID-19 dengan 41,853,238 kes jangkitan termasuk 677,985 kematian dan kini berdepan ancaman varian Delta yang lebih mudah berjangkit serta menular.

Pada peringkat global, coronavirus sudah menjangkiti 225,437,167 orang termasuk 4,643,302 kematian manakala 201,973,917 mangsa disahkan sembuh di 221 negara serta wilayah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.