Tidak keperluan undi percaya terhadap PM – BERSATU

33

16 SEPT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyifatkan tiada keperluan untuk mengadakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada persidangan Parlimen yang bermula esok.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keabsahan terhadap pelantikan Perdana Menteri itu tidak perlu lagi dipertikaikan memandangkan sudah mendapat sokongan secara sah daripada anggota Dewan Negara.

“Pembangkang mungkin tidak berapa faham. Apabila Yang di-Pertuan Agong telah membuat lantikan iaitu setelah Seri Paduka Baginda benar-benar yakin seseorang itu sudah mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka undi percaya tidak perlu dibawa ke Dewan Rakyat.

“Apabila mereka tetap nak bawa (usul undi percaya), bermaksud mereka menidakkan kuasa lantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui pemberita ketika program ‘Moh Lepak Sekejap Bersama YB Peja’ hari ini .

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dijadualkan berlangsung selama 17 hari bermula esok hingga 12 Oktober depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.