Polis Israel tahan 4 daripada 6 tahanan lolos penjara

13

12 SEPT: Polis berjaya menahan empat daripada enam tahanan Palestin yang meloloskan diri dari sebuah penjara Israel Isnin lalu.

Menurut polis, dua tahanan Palestin ditahan semalam selepas mereka ditemukan bersembunyi di tempat parkir lori.

Sehari sebelumnya, dua tahanan Palestin turut ditahan di Gunung Precipice di bandar Nazareth, utara Israel, kelmarin.

Berdasarkan laporan media Israel, polis mendapat maklumat mengenai tahanan itu daripada penduduk tempatan yang melihat lelaki berkenaan meminta makanan.

Rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan anggota keselamatan Israel menahan dan membawa tahanan tersebut dalam dua kenderaan polis yang berasingan.   

Menurut tentera Israel, beberapa jam selepas penahanan itu, roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.

Bagaimanapun, ia berjaya dipintas menerusi sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

Sebelum ini, Israel memburu enam tahanan Palestin yang meloloskan diri dari Penjara Gilboa dengan menggali terowong di bawah singki pada Isnin lalu. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.