PAS Perlu Umum Mahu Bersama MN Atau PN

112

12 SEPT: PAS harus membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, saranan tersebut wajar supaya tidak timbul sebarang konflik pada pilihan raya itu jika MN dan PN membuat keputusan meletakkan calon bertanding di kawasan pilihan raya yang sama.

Beliau berkata, UMNO Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap gesaan ini dan MN juga telah diperakui sebagai model terbaik untuk politik negeri ini.

“Di Pahang, sepertimana diperakui Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu, pilihannya ialah MN bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). 

“Saya berharap, PAS Pusat dapat membuat pendiriannya seperti saranan Mohamad bagi mengelak kekeliruan dan syak wasangka bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO malah saya percaya juga dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS,” katanya.

Semalam, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu menjelaskan pembahagian kerusi yang diperuntukkan bagi menghadapi PRU-15 sudah dipersetujui di peringkat parti dalam BN.

Jelasnya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyatakan keputusan serta pendirian jika mahu bersama UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.