Hampir 2 juta penduduk Malaysia positif COVID-19

15

10 SEPT: Kadar kes positif COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 1,940,950 dengan pertambahan 21,176 kes lagi dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata Sarawak kekal sebagai negeri paling tinggi mencatatkan penularan kes COVID-19 dengan 3,734 kes dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Beliau berkata ini diikuti oleh Selangor dengan 3,595 kes; Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366) dan Kelantan (1,254).

“Negeri yang mencatatkan angka bawah 1,000 kes ialah Pahang (853), Terengganu (776), Melaka (485), Kuala Lumpur (467) dan Negeri Sembilan (252).

“Tiga negeri yang mencatatkan angka bawah 100 kes ialah Perlis sebanyak 77 kes, Putrajaya (21) dan Wilayah Persekutuan Labuan cuma enam kes,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengesahkan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pesakit disahkan COVID-19 ketika ini adalah 82 peratus, manakala, penggunaan katil bukan ICU untuk kes disahkan COVID-19 adalah sebanyak 77 peratus.

Beliau juga mengesahkan bahawa 90 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia kini sudah menerima sekurang-kurang satu dos suntikan vaksin COVID-19, manakala jumlah yang sudah lengkap divaksinasi ialah 71.3 peratus.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.