Kerajaan kaji harga kit ujian kendiri COVID-19 lebih rendah

9

9 SEPT: Kerajaan akan menyemak semula harga kit ujian kendiri COVID-19 menjelang akhir tahun ini.

Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata semakan semula harga kita ujian kendiri COVID-19 bagi membolehkan rakyat memperolah harga yang berpatutan.

“Buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga kit ujian ini di bawah RM20,” katanya yang juga Menteri Kewangan, ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara dengan tema ‘Winning the War against COVID – The Road to Recovery’ hari ini.

Minggu lalu, kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16.

Penetapan harga maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 itu berdasarkan jangkaan berlakunya peningkatan permintaan susulan kesedaran orang ramai dalam membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19.

Terdahulu, KPDNHEP menerima banyak rungutan serta desakan yang menyifatkan harga bagi satu set kit ujian kendiri RM35 hingga RM39.90 adalah terlalu mahal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.