Tentera rampas kuasa, kerajaan Guinea dibubarkan

34

6 SEPT : Kerajaan Guinea telah dibubarkan ekoran berlakunya satu rampasan kuasa oleh pihak tentera negara tersebut semalam.

Pembubaran kerajaan tersebut dimaklumkan oleh seorang pegawai tentera setelah mereka menahan Presiden Guinea, Alpha Conde dalam rampasan kuasa itu selain mengisytiharkan darurat tanpa tempoh dan pemansuhan perlembagaan negara. 

Dalam satu rakaman video, Presiden dilihat duduk di atas sofa dengan dikelilingi tentera yang lengkap bersenjata.

Pemimpin berusia 83 tahun itu juga dilihat enggan menjawab soalan daripada seorang tentera berkenaan mengenai sama ada beliau telah diberikan layanan buruk.

Sejurus selepas pihak tentera berjaya melakukan rampasan kuasa mereka turut menutup sempadan udara dan darat Guinea.

Pihak tentera juga memanggil kesemua menteri di bawah pentadbiran Conde dan sesiapa yang tidak hadir akan dianggap sebagai pemberontak.

Selain itu, katanya, jawatan Gabenor dan pentadbir utama di negara ini akan diambil alih oleh tentera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.