Muhyiddin Figura Tepat Dilantik Pengerusi MPN

131

4 SEPT: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan figura yang tepat dan sesuai mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri demi menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi akibat wabak COVID-19. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, ini kerana Muhyiddin merupakan bekas Perdana Menteri pertama Malaysia berhadapan dengan wabak pandemik itu yang sedang dialami oleh seluruh dunia. 

“Daripada pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin bermulanya kerangka pemulihan negara dan merupakan kesinambungan terhadap usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dahulu dan diketuai oleh watak yang tepat serta berpengalaman menghadapi krisis COVID-19. 

Muhyiddin individu tepat mempengerusikan MPN atas pengalaman berdepan wabak COVID-19.

“Pelantikan Muhyiddin juga merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada pemimpin daripada PN kerana jawatan Pengerusi MPN satu jawatan yang mempunyai tanggungjawab besar dan berat. 

Terdahulu, pelantikan Presiden BERSATU itu telah disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Mohd Zuki berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara.

Tambah beliau, ia demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. 

Dalam pada itu, Muhammad Faiz menegaskan agar pelantikan Muhyiddin tidak dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak khususnya pembangkang agar pelan bagi memulihkan negara tidak terjejas. 

“Umum tahu pemulihan negara apa yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan sekarang adalah telah pun bermula sejak kerajaan Muhyiddin dan bukanlah perkara baharu. 

“Rakyat juga sebenarnya yakin dan percaya di samping sudah selesa dengan kepimpinan Muhyiddin untuk membantu kerajaan dalam usaha pemulihan negara. 

“Justeru, ia sama sekali tidak sepatutnya dijadikan modal politik sebab ini adalah untuk pemulihan negara bukanlah pemulihan kerajaan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.