IPT secara fizikal akan dibuka Oktober depan

31

4 SEPT: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal untuk kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2021/2022 bermula Oktober depan.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata langkah itu adalah melalui Pelan Pemulihan IPT (Pemulih IPT) dan selari selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob sebelum ini.

Beliau berkata perkara itu juga telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam.

NORAINI

“Bagi menjayakan agenda ini, petang tadi (semalam) saya telah berjumpa dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagi mencadangkan supaya pelajar dan kakitangan IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing.

“Matlamat kami adalah sama untuk menyediakan komuniti kampus yang selamat menjelang Oktober nanti,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook, semalam.

Noraini berkata KPT mengunjurkan keperluan sebanyak 1.296 juta dos vaksin bagi 648,000 pelajar yang masih belum menerima vaksin dan KPT mencadangkan supaya pusat pemberian vaksin IPT dijadikan PPV khusus untuk pelajar serta kakitangannya.

Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan program vaksinasi pelajar dilaksana secara besar-besaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.