COVID-19: 19,057 kes baharu hari ini

14

4 SEPT: Angka penularan kes COVID-19 di negara ini kekal di bawah paras 20,000 dengan 19,057 kes baharu dilaporkan hari ini, di mana mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini sudah mencecah 1,824,439 orang.

Menurut beliau, lapan negeri mencatatkan kes baharu empat angka dan paling tinggi dicatatkan di Selangor iaitu 3,775 kes.

“Ia diikuti Sarawak dengan 2,723 kes; Sabah (2,279); Johor (2,077); Pulau Pinang (1,558); Perak (1,450); Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).

“Selain itu Kuala Lumpur (711), Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan (sembilan),” katanya menerusi Facebook miliknya, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.