MOTAC Tetapkan SOP Baharu Gelembung Pelancongan

35

3 SEPT: Pembukaan semula sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan dan Pulau Langkawi sebagai projek perintis merupakan satu berita gembira buat Keluarga Malaysia. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini juga memberikan kelegaan dan sinar buat penggiat industri pelancongan yang telah lama terjejas susulan penutupan keseluruhan rantaian sektor pelancongan akibat penularan pandemik COVID-19 sejak beberapa bulan lalu.

Justeru, beliau memaklumkan, MOTAC telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi tujuan projek rintis pelancongan di Langkawi dan ianya sedang diteliti oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi ini akan membenarkan aktiviti-aktiviti utama yang menjadi tarikan pengunjung bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa. 

“Pada masa yang sama, pihak MOTAC juga sedang menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik buat seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi ini akan membenarkan aktiviti-aktiviti utama yang menjadi
tarikan pengunjung bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa.

NANCY

Antaranya ialah penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan
homestay, Bussines Events (MICE) serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan; produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.

Selain itu, aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yachting dan
sebagainya); aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white-water
rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya); premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain- lain; taman tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Dalam pada itu, Nancy memaklumkan hasil perkembangan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik serta pematuhan terhadap SOP norma baharu di Langkawi akan dijadikan kayu ukur sebagai persediaan rapi bagi pembukaan pulau-pulau peranginan yang lain secara berperingkat

“Umpamanya yang akan dibuka adalah Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Rawa, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan seterusnya dikembangkan ke destinasi-destinasi pelancongan utama yang lain seperti Bukit Fraser, Desaru, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan sebagainya.

“MOTAC akan sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri pelancongan serta stakeholders yang berkaitan bagi meluaskan gelembung pelancongan ini secara berfasa selepas ini,” katanya. 

Sementara itu, Nancy berkata, Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) yang digariskan oleh MOTAC pada awal tahun ini merangkumi tiga fasa pelaksanaan bagi memulihkan semula sektor pelancongan negara secara berperingkat.

“Inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Kementerian dalam mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan 

di sesuatu destinasi pelancongan. 

“Ia juga bagi memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana semula pendapatan secara berterusan kepada negara selepas sektor ini dapat dibuka secara berperingkat selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh kerajaan pada Jun lalu,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.