BERSATU Perlis bayar jaminan wanita curi wang masjid

91

Rentetan isu seorang wanita (OKT) yang dipercayai dalam kesusahan dan tidak mengaku salah mengambil wang berjumlah RM40 di salah sebuah masjid di Perlis, Pihak Badan Pimpinan Bersatu Negeri (BPN) Perlis dan juga sayap ARMADA & Srikandi telah mengambil langkah proaktif membantu wanita tersebut.

Sekitar jam 12.30, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis , Tuan Abu Bakar Hamzah dan juga Ketua Penerangan Armada Negeri, Sdr. Wan Zikri Afthar telah membantu membayar ikat jamin berjumlah RM2,000 di Mahkamah Seksyen Kangar, Perlis setelah barisan pimpinan BERSATU negeri Perlis sepakat ingin membantu wanita yang dituduh, untuk diberi peluang kedua.

Pihak Bersatu negeri Perlis dengan tegas berpendapat bahawa peluang kedua ini bukanlah bermaksud bersetuju dengan tindakan tertuduh yang malah belum menjalani prosiding mahkamah dan dijatuhi hukuman.

Namun pihak BERSATU berpendapat perkara ini perlu diselesaikan dengan baik, tanpa bias ditambah menilai keberadaan atau kesusahan yang dialami oleh mangsa, nilai empati amat diperuntukkan.

Dalam pada itu, BERSATU Perlis yang juga khuatir insiden ini mampu menimbulkan fitnah ke atas Islam dan juga institusi masjid telah menghubungi qariah masjid sejak semalam dan akan bertemu untuk terus berbincang dengan pihak masjid bagi mempertimbang untuk menarik balik laporan ke atas wanita yang dalam kesusahan ini.

BERSATU Perlis juga bertekad untuk membayar kembali kerugian masjid dan juga menyumbang kepada institusi tersebut.

Sehubungan itu, pihak BERSATU dan ARMADA Perlis juga telah menyediakan peguam sekiranya tindakan undang-undang dilanjutkan.

Mengenai beberapa tuduhan peribadi ke atas wanita tersebut terkait isu penyalahgunaan dadah, BERSATU berpendapat isu kehilangan duit masjid dan kesusahan wanita itu yang dijadikan sandaran dan kes selain dari isu kehilangan wang dan kesusahan yang dialami wanita ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat bukti.

Apa yang penting bagi kami BERSATU adalah membantu mereka yang memerlukan dalam pada tidak menghakimi di samping menjaga aib serta maruah insan. Secara ringkasnya ikat jamin yang dilakukan mengambilkira beberapa faktor;

    1. Anak OKT yang masih kecil berumur 4 tahun

    2. OKT adalah seorang asnaf

    3. Nilai kecurian adalah terlalu kecil

    4. Jika benar OKT mempunyai masalah moral, seharusnya pihak-pihak berwajib seperti AADK, Pusat Pemulihan, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau yang berkaitan haruslah sentiasa memantau dan memberi bimbingan agar pihak OKT dapat di bimbing

    5. Memberi peluang kedua kepada OKT untuk berubah dan pulih dengan bimbingan dan pemantau oleh pihak berwajib dan masyarakat.

    6. OKT perlu diberikan rawatan pemulihan supaya OKT dapat kembali kepada masyarakat dan mulakan kehidupan baru. Jika di biarkan boleh mendatangkan masalah kepada masyarakat dan keluarganya

Wan Zikri Afthar
Ketua Penerangan ARMADA Perlis
3 September 2021

Get real time updates directly on you device, subscribe now.