463 kawasan di Selangor tiada air buat kali kedua

39

3 OGOS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) terpaksa dihentikan sekali lagi akibat berlaku pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, Dengkil, Sepang, kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan berjuta penduduk di 463 kawasan di lima wilayah di Selangor kini menghadapi masalah gangguan bekalan air tidak berjadual kali kedua dalam tempoh beberapa hari lalu.

Antara lokasi dijangka mengalami gangguan berkenaan membabitkan 172 kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan).

Berikutan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang.

Maklumat lanjut mengenai kawasan terjejas juga boleh diperoleh menerusi capaian ini: https://hentitugas.airselangor.com/

Get real time updates directly on you device, subscribe now.