Tigkatkan kemahiran, percepat penerimagunaan teknologi baharu

29

2 SEPT: Kerajaan memerlukan lebih banyak usaha untuk mempercepatkan penerimagunaan teknologi kepada syarikat untuk meningkatkan produktiviti.

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, penerimagunaan teknologi memerlukan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi di pasaran buruh.

“Oleh itu, respons dasar yang bersesuaian adalah dengan menggalakkan dan menyokong peningkatan kemahiran dan kemahiran semula kepada tenaga kerja sedia ada.

“Kita perlu memastikan para pekerja ini dibekalkan dengan kemahiran untuk melengkapkan teknologi baharu, berbanding digantikan olehnya,” katanya pada perasmian Program MyReskill IoT secara maya pada Khamis.

Lokman berkata, penubuhan Program MyReskill IoT oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia amat diperlukan untuk membantu pekerja sedia ada kekal relevan di pasaran buruh dan merangsang produktiviti di peringkat perusahaan, sektor dan negara.

“Ini juga merupakan peluang untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang menggunakan digital dan dipacu produktiviti.

“Memanfaatkan kelebihan teknologi dijangka menyumbang 30 peratus peningkatan produktiviti di semua sektor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.