Pelajar Sekolah Tinggi Carolina Utara mati ditembak

10

2 SEPT : Seorang pelajar di Sekolah Tinggi Mount Tabor, Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) ditembak mati di semalam.

Anggota polis dikerahkan ke sekplah tersebut sebaik mendapat laporan berhubung insiden berkenaan.

Ketua Polis Winston Salem, Catrina Thompson, berkata, pihaknya menemui seorang pelajar ditembak dan mangsa kemudian dikejarkan ke sebuah hospital tempatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Polis juga memaklumkan suspek yang melepaskan tembakan telah melarikan diri dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Insiden tembakan ini berlaku sekolah secara bersemuka kembali dilaksanakan selepas kira-kira setahun mengikuti pembelajaran dalam talian berikutan pandemik COVID-19.

Menurut Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper berkata, ini merupakan insiden kali kedua dalam tempoh seminggu dan menegaskan, kawalan di sekolah perlu diperketatkan untuk memastikan tiada senjata di bawa ke sekolah.

Insiden tembakan rambang di sekolah menjadi satu isu berpanjangan dalam sistem pendidikan  di negara tersebut selama

Get real time updates directly on you device, subscribe now.