Permit mendaki di Himalaya dibuka mulai semalam

10

1 SEPT: Nepal mula mengeluarkan permit untuk aktiviti pendakian di Gunung Himalaya mulai semalam yang pastinya amat dinanti-nantikan kaki gunung di seluruh dunia.

Setakat ini dua kumpulan telah memperoleh permit untuk mendaki Gunung Manaslu, puncak kelapan tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,163 meter.

“Satu kumpulan terdiri 10 lelaki dan lima wanita manakala satu lagi pasukan dianggotai 10 pendaki lelaki,” menurut kenyataan Jabatan Pelancongan.

Sebilangan besar pendaki cuba menawan Gunung Himalaya ketika musim bunga, tetapi ada yang mencuba nasib pada musim luruh.

Imagine Nepal Trek and Expedition, sebuah syarikat ekspedisi di Nepal, sedang mengatur ekspedisi membabitkan pasukan yang terdiri 15 orang.

Pengarah syarikat Mingma Gyalje Sherpa memberitahu, Xinhua bahawa pendaki China akan mengetuai pasukan ekspedisi.

Pada musim luruh yang lalu, Jabatan Pelancongan mengeluarkan permit untuk lapan pasukan, dianggotai 58 pendaki bagi menawan lima puncak gunung.

Untuk musim bunga tahun ini pula, sejumlah 633 pendaki dan pasukan bantuan akan mendaki enam gunung, termasuk Gunung Qomolangma yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8848.86 meter, menurut jabatan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.