MOSTI bakal pergiat inovasi bentuk ekonomi

9

1 SEPT : Inovasi dalam bentuk ekonomi adalah antara aspek yang perlu dipergiatkan dalam negara ini, demikian pandangan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang baharu, Datuk Seri Dr Adham Baba,

Katanya, inovasi dalam membentuk ekonomi adalah antara aspek yang perlu dipergiatkan, terutama bagaimana untuk menjadikan inovasi ini mampu mencetuskan peningkatan ekonomi dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu kita juga mahu memberi sumbangan kepada dunia bagi menjadikan negara ini sebagai pengeksport dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pertamanya kepada warga kementerian secara maya selepas melapor diri hari pertama di MOSTI, hari ini.

Datuk Seri Dr Adham Baba memulakan tugas di Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) hari ini

Ketibaan Dr Adham di perkarangan kementerian berkenaan disambut oleh Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Sementara itu, Dr Adham turut mengharapkan warga kementeriannya dapat meneruskan tindakan serta pengurusan sebelum ini bagi memastikan negara ini sentiasa berada di tahap yang maju serta kehadapan.

“Untuk itu marilah bersama membuat tekad dalam mengembleng tenaga di setiap lapisan masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar. 

“Ini bagi membentuk satu pasukan yang kuat dan menyelusuri apa sahaja cabaran mendatang atau sedang kita laksanakan,” katanya.

Terdahulu, Dr Adham dan barisan anggota Kabinet yang lain serta 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.