Sidang Parlimen Isnin Ini Dipinda ke13 September

20

31 OGOS : Tarikh mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke 14 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos ini dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober menerusi satu notis kepada Ahli Parlimen daripada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat semalam.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika dihubungi PNBBC Portal mengesahkan notis tersebut. 

Tarikh baru tersebut juga menyaksikan Parlimen akan bersidang selama 17 hari, iaitu tambahan dua hari daripada jadual sebelum ini.

Difahamkan, Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan pada 13 September ini berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani kuarantin kendiri sejak semalam, selepas disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Persidangan keempat Dewan Rakyat kali ini juga merupakan persidangan kali pertama selepas berlakunya pertukaran kerajaan, susulan Ismail Sabri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.