PM Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga Lajim Ukin

22

29 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada negara, Ismail Sabri mendoakan semoga segala khidmat baktinya mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

“(Allahyarham Lajim Ukim) sebagai Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) malah pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan DUN Klias, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan kepada negara.

“Allahyarham semasa hayatnya juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan  dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Semoga segala khidmat bakti Allahyarham mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT dan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya. 

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.23 pagi tadi dan jenazahnya akan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.