Bonnie hadiahkan pingat emas Paralimpik pertama buat negara

71

28 OGOS: Atlet kelahiran Sabah, Bonnie Bunyau Gustin, muncul wira negara apabila menghadiahkan pingat emas Malaysia pertama menerusi acara powerlifting kategori 72 kg di Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi.

Bonnie diumumkan sebagai pemenang pingat emas selepas berjaya melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.

Bagaimanapun, gagal memperbaharui rekod dunia 230 kg dipegangnya sendiri selepas gagal melakukan angkatan 231 kg.

Untuk rekod Bonnie, sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Dengan keputusan itu menyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak, manakala gangsa milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.

Berita gembira kejayaan Bonnie itu dikongsi oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman Facebooknya.

“Alhamdulillah. Tahniah Bonnie Bunyau Anak Gustin, atlet angkat berat para yang membawa pulang pingat emas pertama negara di temasya Paralimpik Tokyo 2020 kali ini.p

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Naina Merican berkesempatan berbual dengan Bonnie melalui telefon selepas atlet kelahiran Sarawak itu berjaya memenangi pingat emas Paralimpik pertama buat negara.

“Beliau merupakan atlet di kedudukan ranking pertama dunia dengan best lift of 228kg sekali gus mencipta rekod baharu Paralimpik!

“Terima kasih Bonnie atas persembahan yang cukup membanggakan. Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian ini!,” katanya.

Sementara itu, Bonnie mahu menghadiahkan pingat emas dimenangi dalam acara powerlifting di temasya Paralimpik Tokyo 2020 kepada keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, pada 31 Ogos ini.

Tegasnya, kejayaan itu adalah suatu kenangan manis buat yang baru pertama kali mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik.

“Ini sememangnya kenangan yang manis buat saya dan juga untuk menghadiahkan sempena Hari Kebangsaan kita.

“Pingat ini memang sangat penting untuk saya memandangkan ini kemunculan pertama saya dan telah buat persembahan yang terbaik,” katanya dalam sidang media secara maya bersama wakil media di Malaysia hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.