Lima Lokaliti di Sabah, Kelantan Dikenakan PKPD Ahad Ini

15

27 OGOS : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 12 lokaliti di Sabah serta Kampung Lela Jasa di Kuala Krai, Kelantan akan berakhir mulai tengah malam ini. 

Pada masa sama, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad turut mengesahkan Jalan Blue Valley-Lojing di Cameron Highlands, Pahang turut ditamatkan esok seperti yang telah dijadualkan. 

“Di Sabah pula, enam lokaliti yang akan ditamatkan adalah Bandar Sinsuran, Kampung Darau Menggatal, Kampung Pulutan Menggatal, Kampung Mansiang Menggatal, Tapak Bina Hyatt Centric serta Kampung Sembulan Tengah & Lama di Kota Kinabalu. 

“Enam lagi lokaliti di Sabah adalah Kampung Siasai Dundau, Kota Belud; Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Beufort; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Kampung Rancangan Kalabakan; Lorong Mat Salleh Batu 2, Tawau; dan Kampung Contoh, Putatan,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian PKPD, hari ini. 

Datuk Rodzi Md Saad

Dalam pada itu, Rodzi memaklumkan, PKPD akan dilaksanakan di lima lokaliti di Sabah dan Kelantan, selama 14 hari bermula Ahad ini hingga 11 September.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

“PKPD di Sabah membabitkan Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang manakala di Kelantan pula di Mukim Pasir Mas iaitu Kampung Bayu Lalang dan Kampung Banggol Kemian (sebahagian kampung). 

“Selain Mukim Gual Periok iaitu Kampung Repek (sebahagian kampung) di Kelanram turut dilaksanakan PKPD. Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu terdaoat dua lokaliti di Sabah juga akan dilanjutkan bermula Ahad ini, berikutan berlakunya peningkatan kes COVID-19. 

“Lokaliti yang akan dilanjutkan adalah Kampung Brunei Membakut di Beufort serta  Kampung Manggaris 2 di Kota Marudu,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.