Bidang pendidikan tanggungjawab amat besar

11

27 OGOS: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin mahu memanfaatkan sepenuh kudrat, pengalaman dan idea dalam memikul tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.

Biarpun sedar akan tanggungjawab yang pikul amat besar, Mohamad berkata berazam melakukan yang terbaik bagi kelangsungan pendidikan negara dalam tempoh pandemik ini.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan dan mengamanahkan saya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara.

“Terima kasih juga kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin dan rakan pimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) Sabah dan seluruh rakyat di Parlimen Kimanis di atas dorongan dan doa.

“Doakan saya diberi kekuatan dan hidayah dalam melaksanakan tugas ini. Alhamdulillah,” katanya.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Kimanis, adalah antara dua muka baharu mewakili Sabah dilantik menganggotai Kabinet baharu Ismail Sabri, selain empat muka lama yang dilantik semula.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.