Tiada pengumuman anggota Kabinet hari ini

26

26 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat sebarang pengumuman berhubung pembentukan anggota Kabinet hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) sejurus selepas Ismail Sabri tiba di Bangunan Perdana Putra sekitar 3.37 petang di Putrajaya.

Beliau sebelum itu, menyembah maklum senarai anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.