16 individu dikompaun RM32,000 makan dipremis melebihi masa

34

26 OGOS : 16 individu dikenakan kompuan berjumlah RM32,000 kerana makan dipremis melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, kesemua individu tersebut diberikan saman selepas pihak polis mengadakan pemeriksaan di premis itu jam 11.30 malam Rabu lalu.

Dalam pemeriksaan polis kata Shafee,16 pengunjung lelaki itu didapati melakukan aktiviti tidak dibenarkan iaitu makan atau minum di premis melebihi masa yang ditetapkan.

Asisten Komisioner Shafee Abd Samad

“Kesemua mereka ditahan sebelum dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang. Pengusaha premis yang juga seorang wanita turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana melanggar SOP,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Shafee berkata, pengunjung dan pengusaha premis berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 26 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) 2021.

Sementara itu, Shafee menegaskan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan dan orang awam yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuatkuasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar  semua pihak supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.