nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin UMNO sambut baik langkah gencatan politik

25 OGOS : Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memuji usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan gencatan politik bersama pihak pembangkang, setelah memperolehi kata sepakat bersama tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) hasil dari perbincangan hari ini.

Beliau yang juga Bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, keputusan yang dicapai hasil dari pertemuan itu merupakan satu berita baik buat rakyat Malaysia bagi membolehkan kerajaan memberi fokus sepenuhnya kepada usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Ini akan membantu mengukuhkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ sebagai satu langkah permulaan ke arah yang betul untuk Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini. 

Tan Sri Annuar Musa

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata, keputusan mengadakan gencatan politik itu adalah permulaan baik, seiring pendekatan konsep Keluarga Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri di dalam ucapan sulungnya baru-baru ini.

“Pemimpin-pemimpin pembangkang juga turut mengenengahkan isu-isu rakyat termasuk moratorium yang menjadi sebahagian hasrat rakyat yang Pemuda UMNO perjuangkan. 

“Apa yang penting ialah perlaksanaan yang perlu disegerakan ketika  ramai rakyat sedang berada dalam keadaan tertekan dan amat susah ketika ini,” ujarnya. 

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Manakala, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, pula memaklumkan hasil perbincangan yang membawa kepada gencatan politik itu  adalah petanda awal Ismail mempunyai kemampuan untuk mencapai persefahaman dengan pihak  pembangkang.

Menurut beliau, kredit juga perlu diberikan kepada pemimpin pembangkang yang menyahut gesaan Istana Negara agar semua pihak bekerjasama dalam menangani pandemik dan usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

“Gencatan politik antara pihak kerjaaan dan pembangkang ini menunjukkan semua parti, bermula dengan perdana menteri sendiri, memahami kepentingan buat negara dan ekonomi yang kemelut politik tidak boleh berlarutan lagi.

Shahril Hamdan

“Saya berharap persefahaman ini akan mewujudkan satu tempoh kestabilan yang akan memudahkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan memberi keyakinan kepada rakyat, termasuk pelabur luar negara,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.