PKPD Di 22 Kampung Orang Asli Dilanjutkan Mulai Rabu Ini

58

23 OGOS : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 22 lokaliti di kampung Orang Asli (OA) di daerah Batang Padang, Perak akan dilanjutkan bermula 25 Ogos, berikutan berlakunya peningkatan kes COVID-19. 

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, 18 direkodkan di Mukim Batang Padang iaitu kampung OA Batu 6, kampung OA Batu 14, kampung OA Batu 16, kampung OA Batu 17, kampung OA Batu 18 & kampung OA Batu 19; Kampung Kenderong, kampung Sungai Rensa, kampung sungai Chendon, Kg Sg Odak, kampung Ampangan, kampung Pos Woh, kampung OA Batu 7 & Sungai Bot Dalam, kampung sungai Bot Luar, kampung sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake. 

“Tiga lokaliti turut direkodkan di Mukim Bidor iaitu Kampung Senta, Kampung Chang & Kampun Sanding serta satu lokaliti di Mukim Sungkai iaitu Kampung OA Menderang. 

“Selain itu, PKPD yang akan dilanjutkan adalah Kampung Temalian Mukim Ulu Dong, Pahang serta Taman Kinarut di Papar di samping Kampung Kota Tuaran di Sabah,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian PKPD, hari ini. 

Datuk Rodzi Md Saad

Dalam pada itu, Rodzi memaklumkam sebanyak 23 lokaliti di Sabah serta Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut di Pahang akan dilaksanakan PKPD selama dua minggu bermula Rabu ini.

Beliau berkata, di Sabah, enam daripada direkodkan di Kota Kinabalu iaitu Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka Likas, Kampung Inanam Laut, Kampung Bambangan Inanam, Kampung Kelingau, Kampung Lapasan, Taman Kuala Menggatal. 

“Lokaliti yang direkodkan di Penampang pula adalah Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden, Maju Kota Light Industri Jalan Lama Penampang manakala tiga lagi adalah di Kinabatangan iaitu Kampung Pelangi, Kampung Seri Manis dan Ladang Sungai Pin. 

“Empat lokaliti turut dicatatkan di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah, Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik, Tanjung Batu Laut Logpon di samping dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu.

“Selebihnya adalah di Taman Limauan Kinarut dan Kampung Mondikot di Papar; Ladang Mawang Kalabakan; dan Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengayam Sri Arjuna, Sipitang. 

“Keputusan melaksanakan PKPD itu selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kesemua lokaliti terbabit, ” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.