Mesyuarat Khas MKT UMNO Malam Ini Ditangguhkan

24

21 OGOS: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang djadualkan berlangsung malam ini ditangguhkan. 

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan sebentar tadi.

Terdahulu, memetik laporan Sinar Harian, Ismail Sabri perlu berada di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn untuk menghadiri Mesyuarat MKT UMNO selepas selesai majlis istiadat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9, hari ini

Mesyuarat yang dijangka berlangsung pada jam 8 malam ini masih belum diketahui secara rasmi mengenai agenda yang bakal dibincangkan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin UMNO yang memberitahu, ia ada kaitan dengan langkah seterusnya bagi parti tersebut yang kembali menguasai kerajaan selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Turut menjadi perhatian ialah sokongan bersyarat yang diumumkan oleh Perikatan Nasional yang mahu supaya Kabinet yang dibentuk itu terdiri daripada individu yang mempunyai integriti yang tinggi.

Ismail Sabri juga berdepan dengan situasi yang amat sukar kerana negara masih belum bebas daripada ancaman COVID-19 dan masalah ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.