Laporan BERSATU Tolak Jawatan Kabinet Adalah Palsu

89

21 OGOS: Laporan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dikatakan menolak semua jawatan dalam Kabinet yang akan diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama sekali tidak benar dan palsu. 

Perkara itu dinafikan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan laporan sebuah portal berita itu sebagai berniat jahat yang mahu memecahkanbelahkan BERSATU.

“Saya cadangkan kepada semua supaya merujuk sumber berita sahih. Kandungan laporan ini adalah palsu yang sumbernya entah siapa,” katanya menerusi kenyataam ringkas, hari ini. 

ROSOL

Perkara itu turut dinafikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, laporan berkenaan tidak betul.

“Tidak betul. Palsu sahaja,” katanya ringkas kepada media, hari ini. 

Terdahulu, satu portal tempatan mendakwa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu parti itu menolak semua jawatan dalam Kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan memenangi PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Portal berkenaan memetik beberapa sumber berkata, Muhyiddin mencadangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat MPT yang berlangsung baru-baru ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.