Sultan Ibrahim,TMJ Tegas Jangan Wujudkan Lagi Polemik Politik

37

20 OGOS : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat memberi pandangan kepada pemimpin di negara ini berhubung isu politik yang sedang berlaku.

Tunku Ismail menerusi hantaran di Instagram story baginda menegaskan walau apapun polemik yang diwujudkan pemimpin, Negeri Johor tidak boleh terlibat.

Tulisnya lagi,”Pemimpin sejati tidak boleh ‘dibeli’. Apa-apa keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan kesejahteraan rakyat, Johor tidak akan terlibat.

“Keutamaan adalah kestabilan negara, kehidupan rakyat dan bukan kepentingan peribadi,” titah Tuanku Ismail.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat turut senada menyokong pandangan anakanda baginda dengan berkongsikan hadis Rasulullah SAW.

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.