Tujuh lokaliti lagi kena PKPD di Sabah, Pahang dan Kelantan

25

19 OGOS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti Sabah, Kelantan dan Pahang selama dua minggu bermula Sabtu ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi  Md Saad, berkata antara lokaliti dikenakan PKPD di Sabah termasuklah Kampung Gambaron 1 dan  Ladang Ribu Bonus di Telupid; Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan di Beluran, Sabah.

Beliau berkata di Kelantan pula PKPD akan dilaksanakan dua perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Blau dan Kampung Batang,di Pos Blau Gua Musang, manakala di Pahang pula membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Bentong.

RODZI

“Keputusan pelaksanaan PKPD berkenaan dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Dalam pada itu, Rodzi berkata kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Taman Nilam (Zon biru) Mukim Kuah, Langkawi, Kedah, sehingga 3 September depan berikutan masih terdapat risiko peningkatan kes COVID-19 kawasan terbabit.

Beliau berkata turut dilanjutkan ialah PKPD di Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulai Sebatik, Tawau, Sabah  serta Kompleks Penjara Bentong, Pahang.

Katanya, kerajaan juga mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat, Kelantan dan perumahan Kilang Sawit Veeta, Tangod, Sabah dan Felda Sungai Koyan 1 & 2 Lipis, Pahang, mulai esok.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.