Pemilihan Ismail sebagai calon PM keputusan tepat-Nazri

23

18 OGOS : Semua Ahli Parlimen UMNO digesa melupakan sengketa lalu dan bersatu dalam bersama-sama membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Justetu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.

Beliau merakamkan penghargaan kepada MT UMNO dan semua parti dalam PN yang bersetuju memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada MT UMNO dan Ahli Parlimen BN kerana membuat keputusan tepat memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga saya ucapkan terima kasih kerana turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

“Kini masa untuk semua ahli parlimen UMNO melupakan sengketa lalu dan kembali bersatu demi memastikan usaha kerajaan melawan COVID-19 dan membantu memulihkan ekonomi negara dan rakyat berjaya,” katanya kepada media, hari ini

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dalam para itu, Nazri memberitahu tidak ada sebab untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk tidak bersama dengan kerajaan PN kerana pemilihan Ismail Sabri membolehkan UMNO kembali menerajui kerajaan bersama rakan-rakan dalam PN.

Beliau berkata, semua usaha seharusnya ditumpukan kepada membantu rakyat yang sememangnya menjadi fokus utama UMNO selama ini.

“Dengan pemilihan Ismail Sabri ini, UMNO kembali menerajui kerajaan dengan disokong oleh rakan-rakan dalam PN.

“Kita (Ahli Parlimen UMNO) perlu buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang mengutamakan rakyat.

“Tidak perlu lagi kita bertelagah dan fokus kepada usaha lawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya. 

Difahamkan Ismail Sabri memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen PN dan BN bagi mengisi jawatan perdana menteri.

Terdapat dakwaan mengatakan hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menyokong pencalonan Ismail Sabri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.