Kenyataan Calon PM Diketengahkan BERSATU Palsu

58

18 OGOS : Kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dilaporkan oleh media tempatan bertajuk “Calon PM diketengahkan Bersatu dalam kalangan komponen PN” adalah palsu. 

Perkara itu disahkan oleh Zulkifli Bujang yang merupakan Setiausaha akhbar kepada Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin merangkap Setiausaha Agung BERSATU. 

“Sehubungan itu, pejabat Setiausaha Agung BERSATU juga mengarahkan mana-mana media yang menyiarkan kenyataan tersebut untuk segera menariknya semula bagi mengelakkan tindakan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Kenyataan media palsu tersebut mula tular di media sosial sejak awal pagi tadi susulan laporan media mengaitkan calon Perdana Menteri baharu oleh BERSATU. 

Dalam pada itu, Hamzah menerusi hantaran ringkas di Facebook miliknya menyeru agar pengamal media yang memuat naik perlu menarik balik siaran berita tersebut.

“Mana-mana media yang menyiarkan kenyataan tersebut hendaklah segera menariknya semula bagi mengelakkan tindakan undang-undang,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.