GERAKAN tetap sokong Muhyiddin, kekal bersama PN

29

17 OGOS : Biarpun Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan perdana menteri, Parti Gerakan akan tetap menyokong beliau dan bersama Perikatan Nasional (PN). 

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai memuji Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kerana tidak berkompromi dengan rasuah dan berusaha sedaya upaya mengawal wabak ini sebelum memikirkan hal politik. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana masih berpegang teguh pada janji dan sudi mentadbir negara biarpun untuk sementera,” katanya. 

Pada masa sama, Dominic menyeru semua parti politik untuk menghormati agenda demokrasi, tidak mengira bagaimana keadaan politik sekarang namun keutamaan harus diberikan kepada menangani COVID-19.

Menurut beliau, tugas utama adalah mengatasi wabak ini dan bantu rakyat keluar daripada keadaan tertekan dan kesulitan ekonomi sekarang.

“Harapan Gerakan sangat jelas iaitu mahu melihat keadaan politik negara stabil dan perjuangan politik tidak sesekali memberi kesan negatif kepada rakyat.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

“Dalam keadaan kritikal ini, pemimpin negara sewajarnya fokus kepada Covid-19 dan hentikan semua agenda-agenda politik. Jika semuanya sudah pulih, rakyat dapat hidup aman dan boleh adakan PRU,” katanya. 

Sementara itu, beliau menegaskan, jangan sesekali memberi kembali Pakatan Harapan (PH) berkuasa memerintah negara.

“Pertempuran dalaman yang berterusan dalam kalangan mereka akan terjadi kembali dan sikap pemimpin PH yang sombong hanya akan menyusahkan rakyat.

“Rakyat sudah bosan dengan drama perjuangan politik yang tidak masuk akal sekarang, jadi sudah sampai waktunya untuk semua parti-parti membuat membuat gencatan senjata politik,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.