Amerika Syarikat luluskan dos vaksin penggalak Pfizer, Moderna

12

17 OGOS :  Amerika Syarikat AS minggu lalu meluluskan suntikan vaksin dos penggalak Pfizer-BioNTech dan Moderna bagi individu dengan sistem imun yang lemah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, dalam satu kenyataan, berkata data setakat ini menunjukkan dos ketiga merangsang antibodi pada tahap jauh melebihi kadar antibodi selepas dua dos suntikan.

Sementara itu, pengasas bersama BioNTech, Ugur Sahin, berkata dos vaksin penggalak boleh bantu kurangkan jangkitan dan kesan penyakit bagi mereka yang sudah menerima dua dos termasuk membendung penularan COVID-19 varian baharu pada masa akan datang.

Pfizer dan BioNTech semalam mengemukakan data klinikal awal kepada pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) bagi kebenaran suntikan ketiga dos penggalak vaksin COVID-19.

Pfizer dan BioNTech mengemukakan keputusan ujian Fasa Pertama yang menilai keselamatan dan keberkesanan suntikan dos ketiga.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.