Ka Siong Puji Semangat Kerjasama MOT Perangi COVID-19

25

16 OGOS: Semangat kerja berpasukan di Kementerian Pengangkutan menjadikan cabaran Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memegang portfolio di kementerian itu ketika negara berdepan penularan COVID-19 berjalan lebih lancar dalam usaha menjadikan industri pengangkutan kekal bertahan.

Presiden MCA itu memaklumkan, beliau gembira dapat bekerja bersama pasukan dalam kementerian ini walaupun berdepan dengan keadaan serba mencabar.

“Pagi tadi saya sempat mengadakan pertemuan secara maya bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pengangkutan termasuk Timbalan Menteri, Datuk Hasbi Habibollah; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak dan warga kementerian.

“Saya amat berbangga dengan pihak pengurusan Kementerian Pengangkutan, Timbalan Menteri yang mudah bekerjasama dan KSU yang memiliki kepimpinan terbaik.

Ka Siong (tengah) mengucapkan penghargaan kepada semua warga Kementerian Pengangkutan yang banyak memberi kerjasama kepada beliau sepanjang menerajui kementerian tersebut.

“Saya doakan warga Kementerian Pengangkutan terus maju jaya dan berjaya menjadikan ‘Pengangkutan Mampan Nadi Pembangunan Negara’,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Pengangkutan yang banyak membantunya sejak menerajui kementerian itu pada 11 Mac tahun lalu

 Beliau berkata, dirinya sudah berusaha melakukan yang terbaik selain memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang setahun tujuh bulan lima hari memikul tanggungjawab itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi kepercayaan dan amanah kepadanya memikul tanggungjawab di Kementerian Pengangkutan selain menyatakan penghargaan kepada rakan Jemaah Kabinet yang selama ini turut bersama-sama berganding bahu memulihkan negara dan membela nasib rakyat.

“Semoga kita dapat melalui waktu sukar ketika ini dan mengecapi kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Jaga diri dan kekal selamat (stay safe) semua!” katanya.

Muhyiddin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut mendapat liputan luas platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Muhyiddin reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT bahawa beliau dan anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa meletakkan jawatan berkuat kuasa mulai hari ini kerana sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, mereka terpaksa berbuat demikian kerana ada pihak yang lebih rakus untuk merebut kuasa daripada menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyak dan ekonomi negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.