Lebih 50 peratus populasi Malaysia sudah divaksinasi

16

12 OGOS: Seramai 16,347,422 juta atau 50.1 peratus populasi penduduk di Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi perkongsian infografik di Twitter, berkata jumlah individu yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 di Malaysia kini mencapai 9,516,141 orang sebanyak 29.1 daripada populasi penduduk Malaysia.

Beliau berkata ini bermakna  jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 25,863,563 dos, setakat semalam.

Katanya secara keseluruhannya, 69.8 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia divaksinkan dengan 40.7 peratus sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

“Kadar vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 497,352 dos diberikan semalam dengan 227,506 adalah dos pertama manakala 269,846 adalah dos kedua,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitternya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.