Khabar angin PM letak jawatan tidak benar

189

12 OGOS: Khabar angin kononnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat adalah tidak benar sama sekali.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, menyifatkan dakwaan berkenaan segaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat tidak baik.

Malah, Ronald yang juga MenterI Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjelaskan semua parti gabungan komponen Perikatan Nasional (PN) terus memberikan sokongan kepada Muhyiddin untuk mengetuai kerajaan PN.

“Saya tidak dengar spekulasi itu. Malah, semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri untuk terus kekal menerajui kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program MAFI Prihatin di pekarangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada Khamis.

Khabar angin Muhyiddin letak jawatan PM adalah tidak benar yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ronald berkata demikian mengulas mengenai spekulasi di media sosial bahawa Muhyiddin akan meletakkan jawatannya sebelum sidang Parlimen akan datang.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir ketika ini sedang menghadiri hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, setakat ini Parlimen dijadual bersidang pada 6 September depan dan sebarang perubahan tarikh akan ditentukan oleh ketua majlis manakala sidang Parlimen khas akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Malah, Roland berkata kementerian melalui agensi dan syarikat berkaitan akan meneruskan program pemberian bakul makanan kepada rakyat yang terjejas.

“Pada hari ini, 11 rakan strategik Jabatan Perikatan Malaysia (DOF) hadir menyampaikan sumbangan bakul makanan berjumlah RM34,000 untuk diagihkan,” katanya.

Beliau berkata lokasi pertama penyerahan bakul makanan akan diadakan di beberapa lokasi termasuk Pulau Tioman, Pahang, diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan dan gugusan Kepulauan Lima, Johor.

“Secara keseluruhan sebanyak 630 bakul makanan akan diserahkan kepada kumpulan sasar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.