Surat Muhyiddin Hilang Majoriti Palsu

83

11 OGOS: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan bahawa beliau mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan kerajaan pimpinannya telah tiada majoriti.

 Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan bahawa beliau mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan kerajaan pimpinannya telah tiada majoriti.

Beliau menerusi kenyataan media, hari ini menegaskan bahawa artikel disiarkan sebuah portal berita itu adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.

Datuk Azhar Azizan Harun

“Berita tersebut adalah palsu,” katanya merujuk kepada laporan berita yang bertajuk ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ seperti disiarkan portal berita berkenaan hari ini.

Terdahulu, Azhar pada 27 Julai lalu turut menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau ada menerima surat permintaan daripada empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan berita berkenaan dan menyifatkan ia satu pembohongan dan fitnah terhadapnya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.