Kes COVID-19 kembali atas 20,000

22

11 OGOS: Kes baharu positif harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila 20,780 kes baharu dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes itu jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini meningkat kepada 1,320,547 kes, sejak kes pertama dikesan pada 24 Februari 2020.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Selangor kekal sebagai negeri merekodkan kes harian tertinggi dengan 6,921 kes.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (2,065 kes), Johor (1,693 kes), Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).

“Perak pula mencatatkan 828 kes, Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.